Pages

    30 August 2008

    18 August 2008

    Ber'couple' - Boleh atau Tidak?

    Pernah suatu ketika, aku came across satu soalan, "leh ke ber'couple' dalam Islam ni??". In fact, persoalan ni rasenye dah banyak kali diutarakan.. dalam majalah, suratkhabar, interview, dan macam2 lagi lah.. barangkali, ada yang keliru atau kurang faham tentang perkara ni.. entah camne, mulenye sedang aku 'Googled' kat internet, ade satu ayat Quran ni, tp terjumpa lak kat dalam forum satu laman web ni tentang bende ni.. panjang dan lebar dihuraikan.. terasa lak nak post kat blog aku ni..(^_^).. lagipun, aritu baru je ade forum yg sedikit-sebanyak menghuraikan tentang persoalan ni.. apepun, utk tatapan para pembaca budiman, fahami dan selami ape yang ingin disampaikan... Wallahu'alam...

    _______________________

    Nak couple boleh tak?

    Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

    Apa Itu Ber ‘couple’?

    Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

    Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

    Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

    Mengapa Ber’couple’ Haram?

    Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

    Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

    Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

    “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

    Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

    “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

    Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

    “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

    Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

    Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
    Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

    “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

    Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual saja” , “Kami keluar makan saja” dan “Kami main SMS saja.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

    Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah .a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

    “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

    Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah .a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

    “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

    Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

    Apa Yang Patut Dilakukan?

    Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

    Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

    Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

    Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

    “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

    Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

    Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

    “Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

    Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

    Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

    Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

    “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

    Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

    Firman Allah dalam Surah Al-Anfal, ayat 20-22:

    “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

    Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

    “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih. Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

    Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

    “ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

    Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

    “ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

    Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.

    14 August 2008

    Can't Smile Without You ... (^_^) ...

    Aritu, mase aku pi tgk cite Hellboy kat Alamanda ngan member2 aku..ade lak kuar lagu ni dlm cite tu..terasa mcm dah lame lak tak dgr..popular gak lah lagu ni..lagu evergreen la katakan...har har har...($_%)...

    Ntah erk.. sejak2 kebelakangan ni..aku rase mcm ade je bende tak kene... nak kate sakit..tak jugak - mungkin... tido aku pun..ok je.. agaknye aku ni byk sgt main2 kot... keje bertimbun.. tapi rilek je.. ntahla.. maybe aku byk sgt pikir kot...

    ..hurm...

    "..kamu ni..byk sgt pikir ni kenape??..mcm2 dipikirkannye..wat pening kepala lak..."

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    You know I can't smile without you
    I can't smile without you
    I can't laugh and I can't sing
    I'm finding it hard to do anything
    You see I feel sad when you're sad
    I feel glad when you're glad
    If you only knew what I'm going through
    I just can't smile without you

    You came along just like a song
    And brighten my day
    Who would of believed that you where part of a dream
    Now it all seems light years away

    And now you know I can't smile without you
    I can't smile without you
    I can't laugh and I can't sing
    I'm finding it hard to do anything
    You see I feel sad when your sad
    I feel glad when you're glad
    If you only knew what I'm going through
    I just can't smile

    Now some people say happiness takes so very long to find
    Well, I'm finding it hard leaving your love behind me

    Barry Manilow - Can't Smile Without You

    13 August 2008

    Antara Aku & Dia


    "..perasaan adalah fitrah bagi setiap manusia. Pun begitu, adalah menjadi usaha kita supaya ia tidak menjadi satu fitnah bagi diri kita.."

    Begitu kata-kata ahli panelis tersebut. Idea dan pandangan yang cukup bernas itu, diselit pula dengan fakta-fakta dan nas-nas yang sahih dari hadis-hadis dan Al-Quran Al Karim, membuatkan para hadirin berfikir sejenak.

    "..kita juga harus berfikir, apakah tujuan Tuhan jadikan kita, yakni manusia di muka bumi ini? Adakah sekadar cukup untuk makan dan minum, memenuhi keperluan fizikal? ataupun keperluan rohani?.."

    Mungkin tidak. Kedua-duanya adalah penting bagi setiap diri kita. Disamping memenuhi keperluan fizikal, pada masa yang sama, jiwa perlu diisi dengan input-input kerohanian. Tidak cukup sekadar untuk berusaha memenuhi cita-cita, tapi jiwa yang kosong, tanpa ilmu yang bermanfaat, kita akan terasa rugi. Alangkah ruginya jika satu hari nanti, anak-anak kita tidak tahu mengaji Al-Quran. Bagaimana pula perkara-perkara asas seperti fardhu ain?.

    "..semakin banyak nikmat kebahagiaan kita kecapi sebelum perkahwinan, semakin tawar kebahagiaan itu sepanjang usia perkahwinan kita apabila kita sudah mendirikan rumahtangga kelak.."

    Kata-kata itu barangkali ada yang terasa. Tidak kurang juga yang mengambil iktibar. Siapa yang tergigit cili, sudah tentu akan terasa pedasnya. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Selagi mana nyawa dikandung badan, selagi mana adanya siang dan malam, selagi mana kudrat dan tenaga masih di jasad, selagi itulah pintu taubat masih terbuka. Allah Maha Pengampun akan hamba-hambaNya. Ingatlah, bagaimana kehidupan kita pada hari ini, barangkali, di waktu pengakhiran, tidak sama apabila kita sudah mencapai usia tua.

    "..Aku terpaksa. Aku terpaksa melepaskannya. Biar aku menyesal, jika itu apa yang aku perlu lakukan. Aku terpaksa berkorban. Berkorban demi kebahagiaan orang lain. Keadaan ini terlalu rumit bagi aku. Aku terpaksa berpura-pura. Aku terpaksa buang perasaan terhadap dia jauh-jauh....Maafkanlah diri ini..."

    Sabda Nabi (S.A.W):

    '..antara orang yang bijak itu adalah mereka yang sentiasa memperingati kematian..'

    12 August 2008

    Tentang Seseorang

    Teruntukmu hatiku, ingin ku bersuara. Merangkai semua tanya, imaji yang terlintas. Berjalan pada satu hanya slalu menggangguku. Seseorang itukah dirimu kasih.

    Kepada yang tercinta inginku mengeluh. Semua resah di diri mencari jawab pasti. Akankah seseorang yang diimpikan kan hadir. Raut halus menyelimuti jantungku.

    Cinta hanyalah cinta, hidup dan mati untukmu. Mungkinkah semua hanya kau yang jawab. Dan tentang seseorang itu pula dirimu. Ku bersumpah akan mencinta.

    06 August 2008

    Dynamic Team Singapore (DTS) 2008 [Part 12] – Closing Ceremony

    Jumaat – 6 Jun 2008.

    As usual, we woke up early in the morning..then siap2 kan diri..nasib baik sbb mlm tadi dah kemas2 baju sumer..so..xdela nak rushing pagi tu…we waited for the bus that will take us to Jamiyah headquarters…that morning will be the closing ceremony…after nearly 4 days at Singapore…this will be our last day here..hoping that whatever is accomplished during the course of stay…insyaAllah we can produce the documentary about Jamiyah..

    So..the ceremony was held at the conference room..just like where we did the opening ceremony before…the ceremony was attended by almost 10 representative from Jamiyah itself..and one of it was Mr. HM. Saleem, Secretary of Jamiyah Organization Singapore..seigt aku..en. Husni pun ade..dan beberape org lagi lah…so..during the ceremony..we exchanged views on how to improve the latter in the future…all in all..it was a..I should say a good accomplishment from all of us..the Dynamic Team Singapore…(&_*)…After the ceremony..we attended Mr. Saleem for a short interview…after that kami bersiap utk solat Jumaat…

    Selepas solat Jumaat..kami bersiap untuk jalan2 ke bandar...1st stop is..kat masjid..aku pun tak igt ape name masjid tu...kat situ ade muzium kesenian melayu...kot...anyway..ade kedai2 kat situ...so..shoping2 la sikit...then kami berjalan menuju ke bugis street...die mcm ala-ala petaling street arr..tempatnye berbumbung...then kedai2 kecik..jual mcm2 lah..after that..kami pi mkn murtabak...klu selama ni kate nak mkn murtabak singapore..selalunye aku akan igt kat muar tu...tp yg ni baru dpt merase murtabak singapore yg sebetulnye...after mkn tu...kami berjalan lagi...pi mkn lagi...fuuhhh...mkn ajele...kali ni kedai tu takla jauh sgt dari kedai murtabak td tu...kedai ni klu tak silap aku jual aneka sup..ape yg kami mkn kat situ...dgr kate mcm sup tulang..tp die warne merah..mmg mengiurkan...

    lepas abis mkn sumer..we head on back to jamiyah headquarters..amik beg sumer...then bas bawak kami ke tanjung pagar...tempat stesen kereta api KTM tu..we bid farewell to kak lisa..its quite sadden coz..yelah..perasaan nak berpisah tu...anyway..kami bertolak dari singapore malam...and we reached KL sentral around 7-8 in the morning...later..bas mmu dtg..and we head on back to the campus...

    Related Posts with Thumbnails