Pages

    12 March 2008

    Pilihanraya Umum (PRU) ke-12

    Tanggal 8 Mac 2008 yang lalu, maka berakhirnya satu proses pilihanraya yang diadakan seluruh negara. Ini merupakan pilihanraya umum yang ke-12 diadakan bagi memilih dan menentukan siapakah yang akan menerajui negara untuk tempoh 5 tahun akan datang. Satu proses demokrasi yang mana setiap warganegara Malaysia yang layak akan keluar mengundi dan memlilih calon-calon atau wakil rakyat yang akan mewakili suara mereka. Secara umumnya, demokrasi bermaksud:

    Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

    Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα (demokratia) dari δημος (demos) bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν @ κρατος (kratos) bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya.

    [sumber:www.wikipedia.org]

    Dan, alhamdulillah, proses sepanjang pilihanraya telahpun berlalu dengan aman dan tenang. Walaupun ada sedikit kekecohan di tempat-tempat tertentu, tapi tidaklah terlalu ketara. Berikut adalah keputusannya:

    Parti
    Negeri

    BN

    Pas

    DAP

    PKR

    Bebas

    PRM

    Snap

    Bersekutu
    PERLIS (P) 3 (3) 0 (2)
    0 (1)



    (N) 14 (15) 1 (13)
    0 (2)



    KEDAH (P) 4 (15) 6 (8)
    5 (7)



    (N) 14 (36) 16 (26) 1 (2) 4 (10) 1 (3)


    KELANTAN (P) 2 (14) 9 (11)
    3 (3) 0 (2)


    (N) 6 (44) 38 (40)
    1 (5) 0 (1)


    TERENGGANU (P) 7 (8) 1 (6)
    0 (2) 0 (1)


    (N) 24 (32) 8 (27)
    0 (5)



    PULAU PINANG (P) 2 (13) 0 (2) 7 (7) 4 (4) 0 (1)


    (N) 11 (40) 1 (5) 19 (19) 9 (16) 0 (2)


    PERAK (P) 13 (24) 2 (7) 6 (7) 3 (10) 0 (2)


    (N) 28 (59) 6 (21) 18 (18) 7 (20) 0 (2)


    PAHANG (P) 12 (14) 0 (6) 0 (2) 2 (6)



    (N) 37 (42) 2 (22) 2 (7) 0 (13) 1 (4)


    SELANGOR (P) 5 (22) 4 (7) 4 (4) 9 (11) 0 (1) 0 (1)

    (N) 20 (56) 8 (19) 13 (15) 15 (20) 0 (2)


    WILAYAH PERSEKUTUAN (P) 3 (13) 1 (3) 5 (5) 4 (5) 0 (2)


    NEGERI SEMBILAN (P) 5 (8) 0 (3) 2 (2) 1 (3)



    (N) 21 (36) 1 (13) 10 (11) 4 (12)



    MELAKA (P) 5 (6) 0 (1) 1 (2) 0 (3)



    (N) 23 (28) 0 (13) 5 (8) 0 (7)



    JOHOR (P) 25 (26) 0 (10) 1 (6) 0 (8)
    0 (1)

    (N) 50 (56) 2 (32) 4 (12) 0 (10)
    0 (2)

    SABAH (P) 24 (25)
    1 (5) 0 (19) 0 (18)

    0 (2)
    (N) 59 (60) 0 (2) 1 (10) 0 (54) 0 (52)

    0 (15)
    SARAWAK (P) 30 (31) 0 (1) 1 (6) 0 (12) 0 (10)
    0 (3)
    Jumlah (P)140 23 28 31 0 0 0 0
    Jumlah (N) 307 83 73 40 2 0 0 0

    [sumber:www.utusan.com.my]

    Berdasarkan keputusan tersebut, Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihanraya kali ini dengan kemenangan majoriti mudah (simple majoriti). Dengan itu, kerajaan Malaysia akan sekali lagi diterajui oleh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi setelah beliau menang di Parlimen Kepala Batas. Pun begitu, pilihanraya kali ini juga memberikan kejutan yang besar apabila Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang dengan Kelantan sekali lagi kekal di tangan PAS. Nama-nama 'besar' seperti Samy Vellu (Sg. Siput), Sharizat Jalil (Lembah Pantai), Koh Tsu Koon (Batu Kawan) dan beberapa lagi menteri-menteri lain telah tewas di kawasan yang mereka pertandingkan.

    Apapun, diharapkan dengan kuasa yang diberi oleh parti-parti yang telah menang, semoga apa yang telah dijanjikan dalam manifesto masing-masing, kepada rakyat dapat ditunaikan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

    10 March 2008

    Namun Ku Punya Hati

    Senyumku tak seghairah
    Gerak gaya tidak selincah
    Mataku tak seayu
    Kicau burung pun tak semerdu

    Namun ku punya hati
    Juga gayaku perasaan
    Hidupku yang begini
    Kadar waktu diizin Tuhan

    Tidak ku minta
    Lahir ke dunia
    Tidak kuduga
    Cacat begini

    Bukan kuminta
    Kasih dan sayang
    Bukan ku rayu bantu simpati

    Maafkan wahai teman
    Kumenumpang di sudut dunia
    Mencari ketenangan
    Sampai masa ku pergi jua...


    04 March 2008

    Kembara Raudah 2008

    Kembara Raudhah 2008. Pondok Penyayang Raudhah, Gombak, Selangor. Pagi itu, pagi 1 Mac, aku bangkit di awal pagi untuk solat subuh. Aku menuju ke bilik air untuk ambil wudu'. Sejuk. Di waktu pagi begini, kebanyakan penginap-penginap hostel masih lagi berada di alam mimpi. Tambah pulak, hari tersebut merupakan hari sabtu. Ramai yang sudah pulang ke rumah untuk bersama keluarga masing-masing. Sunyi. Sesudah solat subuh, aku menuju semula ke bilik air. Gosok gigi. Mandi. Aku hiasi diri aku dengan sepasang baju berwarna biru gelap dan berseluar track-suit. Walaupun jarum jam hampir ke angka 8, langit masih lagi gelap. Hujan. Separa renyai dan lebat.


    Aku ambil kunci kereta aku dan menuju ke kereta. Kami berkumpul di hadapan bangunan STAD. Setibanya aku di situ, bas sudahpun tiba. Hanya menunggu kami untuk menaiki dan memenuhi ruang-ruang kerusi yang kosong. Aku membawa kereta Proton Wira putih aku. Bersama aku sebagai penumpang Naim dan Khairul a.k.a cochrane. Kami mulakan perjalanan kami. Perjalanan dari bumi Cyberjaya ke Gombak agak jauh. Dalam anggaran 45 minit hingga ke sejam. Pagi itu, kami sangat berhati-hati sepanjang perjalanan kami. Hujan. Pandangan aku menjadi agak kabur dek hujan yang agak lebat. Namun, alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi kami.


    Ketibaan kami disambut oleh hujan yang masih tidak terhenti-henti. Kami terpaksa berlari meredahi hujan ke tempat kami perlu berkumpul. Ada yang menggunakan payung. Diriku, basah. Setelah selesai semua barang-barang diangkut, maka bermulalah program pada pagi tu. Kami berkumpul di satu tempat, seolah seperti sebuah dewan 'terbuka'. Ataupun seolah seperti pangkin. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak gambarkan. Barangkali jika aku ada gambarnya, aku akan tunjukkan. ...(^^)...

    We really had a nice day. So much so, our program ended around 11 at night. Tapi, aku berpuas hati apa yang telah berlalu sepanjang program. Banyak jugak pengalaman baru yang aku dapat.
    Rase malas lak nak sambung cite. Letak gamba ajelah...(>_<)...

    02 March 2008

    Reality

    As the rain falls down, I looked up at the sky. Dark. Petanda hujan akan turun tidak lama lagi. Aku merenung. Indahnya kuasa Tuhan. Rintik-rintik air hujan mula membasahi bumi. Segenap manusia mula mencari tempat untuk berteduh. Payung. Di bawah bumbung. Di dalam kereta. Di mana-mana.
    Semalam. Sabtu. 1 Mac. hari-hari sebelum tu, kadangkala hujan turun di waktu-waktu petang dinihari. Kadangkala tidak menentu. Cuma, hujan semalam turun dari pagi hingga malam. Dan malam sebelum itu, aku terasa letih. Penat. Agak awal aku tido. So, pagi esoknya, aku bangun awal. Semalam merupakan program sehari bersama anak-anak yatim. Kembara Raudhah. Difahamkan bukan sahaja anak-yatim. Ada yang orang 'istilahkan' budak-budak yang 'terbiar'. Bukan niat aku untuk menyinggung mana-mana pihak. Tapi, eloklah kiranya dipanggil anak-anak yatim. Kanak-kanak istimewa. Hati yang suci. Yang mungkin terhimpit dek keadaan yang tidak mengizinkan.

    Seharian bersama mereka, aku berasa cukup bahagia. Gelak ketawa dan gurau senda. Hatiku terhibur. Aku melihat kawan-kawan aku disekeliling. Ceria. Gembira. Sekurang-kurangnya, aku tinggalkan semua buat seketika kerja-kerja aku di kampus. Tutorial. Assignment. Seharian kami berada di sana. Dengan tujuan agar kami dapat berkongsi bersama kanak-kanak ini. Share the laughter and joy. Aktiviti dalam kumpulan. Mencari harta karun. Teka-teki. Solat berjemaah. Makan & minum bersama. Itu antara aktiviti yang kami lakukan.

    Aku tersedar dalam keseronokan. Aku terfikir. Syukur. Aku bersyukur apa yang aku dapat selama ini. Walaupun kadangkala, hati berasa tidak puas dan mahu yang lebih. Walaupun kadangkala, aku tidak bersyukur apa yang Allah dan berikan pada. Kereta. Pakaian. Makan & Minum. Wang. Dan lain-lain lagi. Memang betul, kadangkala, kita tidak akan dapat apa yang kita mahu. Pun begitu, kita boleh cuba atau berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu. Aku bukanlah seorang alim ulama. Seorang ustaz. Aku hanyalah seorang manusia. Hamba-Nya yang lemah. Yang sering memerlukan pertolongan-Nya. Namun, kadangkala aku alpa.

    Melihat apa yang kanak-kanak ini alami, buat aku merenung dan bermonolog. Bagaimana pula jika aku adalah mereka? Ape yang aku akan rasa? Terlalu sukar untuk aku rasakan. Alhamdulillah, aku punyai ayah dan ibu. Keluarga. Sahabat andai. Tapi, mereka? Saban hari melalui hidup tanpa ayah dan ibu. Dalam umur yang masih kecil, mereka perlukan kasih sayang seorang ibu. Ayah. Tetapi...

    Setelah tamat program tersebut, kami pulang. Mungkin aku tidak akan berjumpa lagi kanak-kanak ini. 10 tahun. 20 tahun. Selamanya. Pengalaman yang aku dapat, amat berharga bagi aku. Muhasabah diri ini. Di mana kita berdiri. Aku harapkan agar mereka akan sentiasa berada pada jalan yang diredhai-Nya.

    Amin.
    Related Posts with Thumbnails