
Berkata Nabi Isa a.s.: "Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat (nafsu) di dalam hati dan cukup unutk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh itu, barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut akan seksaan Allah, maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya." Bermula dengan renungan mata, kemudian bersentuh-sentuhan dan ringan-ringan tetapi apabila nafsu syahwat telah menguasai akal maka hilanglah rasa takut atau malu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiap-tiap anak Adam (manusia) itu mempunyai bahagian dari zina. Dua matanya berzina, iaitu memandang sesuatu yang menaikkan syahwat dan tangannya berzina iaitu memegang mereka yang bukan muhrimnya. Dua kakinya berzina iaitu berjalan ke tempat maksiat. Mulutnya berzina iaitu mencium dan hati itu bercita-cita dan berangan-angan melakukan zina. Kemudian, sahkan yang demikian itu oelh kemaluannya." (Muslim)

Untuk mengawal nafsu, Islam mewajibkan kita agar berkahwin. Jika kita gagal menahan nafsu dan terjerumus dalam perbuatan zina, Islam juga menyediakan hukuman berat ke atas mereka yang melakukan perbuatan keji ini.
"Perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki yang berzina, hendaklah keduanya didera (sebat) dengan masing-masing 100 sebatan" (Surah An-Nur: Ayat 2)
0 comments:
Post a Comment