Pages

    26 March 2008

    Fikir - Fikirkan

    Mari kita sama-sama tafakur, merenung sekejap ke dalam diri kita. Rasakan di hati kita bahawa kita ini hamba Allah yang maha dhaif, lemah dan hina.
    Buktinya:


    1. Bolehkah kita elak diri kita dari sakit? Kalau terkena atau tercucuk duri yang halus dapatkah kita menahan bisanya? Itupun sudah terlalu sakit, sudah tidak tertahan lagi rasanya. Itulah tanda
    lemahnya kita. Bolehkah kita melihat kalau jarum tercucuk dimata kita? Bolehkah kita bernafas kalau air tersumbat di hidung kita? Tentu tidak boleh. Itulah tanda lemahnya kita ini. Apatah lagi kalau Allah tarik satu sahaja urat saraf kita, meranalah kita seumur hidup.

    2. Bolehkah kita menolak dari bencana alam yang melanda yang mengejut pada kita? Tentu tidak boleh walaupun berkumpul seluruh tenaga makhluk yang berada di langit dan di bumi. Bencana alam tetap juga terjadi. Kita tidak mampu menahannya. Banjir yang melanda, datangnya tidak mampu diempang. Angin taufan, ribut yang mengangkat dan menghumban,
    tidak mampu kita membendungnya. Gempa bumi yang dahsyat yang membunuh segala kehidupan, tidak kuasa manusia menahannya. Lemahnya manusia ini.

    3. Dapatkah kita menahan kematian orang yang kita cintai? Akhirnya kita juga yang akan mati. Dapatkah kita menolaknya? Tentu tidak mampu. Betapa lemah dan hinanya kita. Sudah mati jadi bangkai. Tidak seorang pun yang mahukan jasad kita itu. Isteri tidak mahu. Suami tidak mahu. Anak-anak pun tidak mahu. Ibu ayah tidak mahu. Kekasih pun tidak mahu. Sebab itulah orang hantar cepat-cepat ke kubur kerana kalau dibiarkan, busuk!

    Bila dinilai bukti-bukti tadi menggambarkan betapa hinanya kita. Cuba kita rasakan kehinaan dan kelemahan itu setiap ketika dan kita bawa perasaan itu di mana-mana.

    Fikirkan dan hitungkan pula nikmat-nikmat Allah yang berada di luar diri kita. Hitung berapa banyak harta, duit, rumah, kereta, perabot, pinggan, mangkuk, periuk belanga, kain baju, kasut, barang kemas, makanan yang kita simpan dan berapa jenis lauk yang dimakan untuk satu
    hari, berapa banyak kenderaan kita, kebun, anak-anak, isteri-isteri, kawan-kawan, pengikut-pengikut, pembantu-pembantu, udara yang dihirup, bumi yang dipijak, cahaya matahari yang kita dapat manfaat darinya. Rasakan di hati bahawa alangkah banyaknya kurniaan Allah pada kita selama ini.

    Kemudian pandang ke langit. Lihatlah besarnya ciptaan Tuhan itu. Tergantung tanpa tiang. Walhal rumah kita yang kecil pun ada tiangnya. Bumi yang terhampar tempat kita berpijak, sangat berguna pada kita. Saksikanlah matahari yang turun naik, yang cahayanya sangat memberi manfaat, yang menjadikan silih bergantinya siang dan malam, memberi peluang untuk kita berkerja dan rehat. Menjadikan waktu yang bermusim juga sangat berfaedah pada manusia. Air yang disedut naik, hujan yang turun, ini memberi bekalan air untuk seluruh kehidupan. Memeriahkan alam dengan cahaya. Tenaga solar serta tenaga elektriknya. Rasakan ke dalam hati kita betapa pentingnya ini semua. Rasakan betapa perlunya nikmat-nikmat ini dalam kehidupan kita.

    Fikirkanlah! Bolehkah manusia mencipta tanah, api dan air itu? Dapatkah kita tumbuhkan pokok? Yang kayunya kita gunakan untuk membuat rumah itu? Dapatkah kita buat segala keperluan-keperluan asas yang jadi peralatan hidup kita itu? Bolehkah kita hidup tanpa kita gunakan barang-barang ciptaan Allah itu? Tentu tidak. Oleh itu datangkan rasa insaf pada diri kita bahawa kita tidak mampu mengadakan itu semua.

    Bila kita sedar begitu barulah kita terasa perlunya Allah itu pada kita. Barulah kita terasa patut kita menyembah-Nya. Barulah terasa patut kita taat perintah-Nya. Kalau begitu bukankah patut kita patuh kepada-Nya. Bukankah patut kita jadikan Allah itu Tuhan kita. Tidaklah kita hendak bertuhankan diri kita lagi. Inilah pendorong untuk kita beribadah.

    Bila kita bawa berfikir tadi barulah kita terasa Tuhan itu terlalu berjasa dan pemberi. Barulah terasa patutnya kita bersyukur pada Allah kerana segala-galanya adalah ciptaan-Nya dan pemberian-Nya. Bukan kita buat sendiri. Inilah pendorong.

    Siapa yang menciptakan bumi ini? Siapa yang menjadikan bumi ini sebahagiannya subur dan terdapat pula sebahagiannya yang kering kontang dan gersang?? Siapa yang menjadikan proses percambahan dan pertumbuhan di bumi yang subur ini?? Yang pasti tiada campur tangan
    manusia.

    Siapa pula yang menjadikan dari biji benih itu sebatang pokok,kemudian dari pokok itu mengeluarkan pula buah?? Siapa yang menjadikan jutaan jenis buah dengan berbagai rupa,warna,saiz dan rasa?? Bukankah kita sudah tahu jawapan kepada persoalan itu!

    Yang pasti ialah kita tak punya apa-apa peranan, tidak punya apa-apa kuasa terhadap menjadikan itu semua. Allah SWT adalah segala-galanya. Begitupun kita tak pernah sedar dan insaf bahawa kita hanya mengambil saja segala nikmat kurniaan Allah SWT.Tidak sedetik pun kita terlepas dari nikmat Allah SWT.Tidak sedetik pun kita terlepas dari kekuasaan Allah SWT.

    Dalam keadaan kita tidak punya apa-apa yang segala-galanya milik Allah SWT,terlalu aneh bilamana Allah SWT itu yang paling kita lupakan. Malahan lebih dashyat lagi bila kita berkrisis,bermusuhan,berbunuhan dan berperang lantaran merebut untuk memiliki yang bukan milik kita.

    20 March 2008

    Ayat - Ayat Cinta

    Synopsis:

    Fahri bin Abdillah (Fedi Nuril) is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt’s esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.

    Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage. For Fahri is innocent and pure, and doesn’t believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.

    Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.

    Maria Girgis (Carissa Putri), a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).

    Nurul (Melanie Putria), a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

    Noura (Zaskia Adya Mecca), an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.

    Aisha (Rianti Cartwright), a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.

    As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.

    Adapted from Habiburrahman El Shirazy’s novel: Ayat Ayat Cinta


    12 March 2008

    Pilihanraya Umum (PRU) ke-12

    Tanggal 8 Mac 2008 yang lalu, maka berakhirnya satu proses pilihanraya yang diadakan seluruh negara. Ini merupakan pilihanraya umum yang ke-12 diadakan bagi memilih dan menentukan siapakah yang akan menerajui negara untuk tempoh 5 tahun akan datang. Satu proses demokrasi yang mana setiap warganegara Malaysia yang layak akan keluar mengundi dan memlilih calon-calon atau wakil rakyat yang akan mewakili suara mereka. Secara umumnya, demokrasi bermaksud:

    Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

    Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα (demokratia) dari δημος (demos) bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν @ κρατος (kratos) bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya.

    [sumber:www.wikipedia.org]

    Dan, alhamdulillah, proses sepanjang pilihanraya telahpun berlalu dengan aman dan tenang. Walaupun ada sedikit kekecohan di tempat-tempat tertentu, tapi tidaklah terlalu ketara. Berikut adalah keputusannya:

    Parti
    Negeri

    BN

    Pas

    DAP

    PKR

    Bebas

    PRM

    Snap

    Bersekutu
    PERLIS (P) 3 (3) 0 (2)
    0 (1)



    (N) 14 (15) 1 (13)
    0 (2)



    KEDAH (P) 4 (15) 6 (8)
    5 (7)



    (N) 14 (36) 16 (26) 1 (2) 4 (10) 1 (3)


    KELANTAN (P) 2 (14) 9 (11)
    3 (3) 0 (2)


    (N) 6 (44) 38 (40)
    1 (5) 0 (1)


    TERENGGANU (P) 7 (8) 1 (6)
    0 (2) 0 (1)


    (N) 24 (32) 8 (27)
    0 (5)



    PULAU PINANG (P) 2 (13) 0 (2) 7 (7) 4 (4) 0 (1)


    (N) 11 (40) 1 (5) 19 (19) 9 (16) 0 (2)


    PERAK (P) 13 (24) 2 (7) 6 (7) 3 (10) 0 (2)


    (N) 28 (59) 6 (21) 18 (18) 7 (20) 0 (2)


    PAHANG (P) 12 (14) 0 (6) 0 (2) 2 (6)



    (N) 37 (42) 2 (22) 2 (7) 0 (13) 1 (4)


    SELANGOR (P) 5 (22) 4 (7) 4 (4) 9 (11) 0 (1) 0 (1)

    (N) 20 (56) 8 (19) 13 (15) 15 (20) 0 (2)


    WILAYAH PERSEKUTUAN (P) 3 (13) 1 (3) 5 (5) 4 (5) 0 (2)


    NEGERI SEMBILAN (P) 5 (8) 0 (3) 2 (2) 1 (3)



    (N) 21 (36) 1 (13) 10 (11) 4 (12)



    MELAKA (P) 5 (6) 0 (1) 1 (2) 0 (3)



    (N) 23 (28) 0 (13) 5 (8) 0 (7)



    JOHOR (P) 25 (26) 0 (10) 1 (6) 0 (8)
    0 (1)

    (N) 50 (56) 2 (32) 4 (12) 0 (10)
    0 (2)

    SABAH (P) 24 (25)
    1 (5) 0 (19) 0 (18)

    0 (2)
    (N) 59 (60) 0 (2) 1 (10) 0 (54) 0 (52)

    0 (15)
    SARAWAK (P) 30 (31) 0 (1) 1 (6) 0 (12) 0 (10)
    0 (3)
    Jumlah (P)140 23 28 31 0 0 0 0
    Jumlah (N) 307 83 73 40 2 0 0 0

    [sumber:www.utusan.com.my]

    Berdasarkan keputusan tersebut, Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihanraya kali ini dengan kemenangan majoriti mudah (simple majoriti). Dengan itu, kerajaan Malaysia akan sekali lagi diterajui oleh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi setelah beliau menang di Parlimen Kepala Batas. Pun begitu, pilihanraya kali ini juga memberikan kejutan yang besar apabila Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang dengan Kelantan sekali lagi kekal di tangan PAS. Nama-nama 'besar' seperti Samy Vellu (Sg. Siput), Sharizat Jalil (Lembah Pantai), Koh Tsu Koon (Batu Kawan) dan beberapa lagi menteri-menteri lain telah tewas di kawasan yang mereka pertandingkan.

    Apapun, diharapkan dengan kuasa yang diberi oleh parti-parti yang telah menang, semoga apa yang telah dijanjikan dalam manifesto masing-masing, kepada rakyat dapat ditunaikan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

    10 March 2008

    Namun Ku Punya Hati

    Senyumku tak seghairah
    Gerak gaya tidak selincah
    Mataku tak seayu
    Kicau burung pun tak semerdu

    Namun ku punya hati
    Juga gayaku perasaan
    Hidupku yang begini
    Kadar waktu diizin Tuhan

    Tidak ku minta
    Lahir ke dunia
    Tidak kuduga
    Cacat begini

    Bukan kuminta
    Kasih dan sayang
    Bukan ku rayu bantu simpati

    Maafkan wahai teman
    Kumenumpang di sudut dunia
    Mencari ketenangan
    Sampai masa ku pergi jua...


    04 March 2008

    Kembara Raudah 2008

    Kembara Raudhah 2008. Pondok Penyayang Raudhah, Gombak, Selangor. Pagi itu, pagi 1 Mac, aku bangkit di awal pagi untuk solat subuh. Aku menuju ke bilik air untuk ambil wudu'. Sejuk. Di waktu pagi begini, kebanyakan penginap-penginap hostel masih lagi berada di alam mimpi. Tambah pulak, hari tersebut merupakan hari sabtu. Ramai yang sudah pulang ke rumah untuk bersama keluarga masing-masing. Sunyi. Sesudah solat subuh, aku menuju semula ke bilik air. Gosok gigi. Mandi. Aku hiasi diri aku dengan sepasang baju berwarna biru gelap dan berseluar track-suit. Walaupun jarum jam hampir ke angka 8, langit masih lagi gelap. Hujan. Separa renyai dan lebat.


    Aku ambil kunci kereta aku dan menuju ke kereta. Kami berkumpul di hadapan bangunan STAD. Setibanya aku di situ, bas sudahpun tiba. Hanya menunggu kami untuk menaiki dan memenuhi ruang-ruang kerusi yang kosong. Aku membawa kereta Proton Wira putih aku. Bersama aku sebagai penumpang Naim dan Khairul a.k.a cochrane. Kami mulakan perjalanan kami. Perjalanan dari bumi Cyberjaya ke Gombak agak jauh. Dalam anggaran 45 minit hingga ke sejam. Pagi itu, kami sangat berhati-hati sepanjang perjalanan kami. Hujan. Pandangan aku menjadi agak kabur dek hujan yang agak lebat. Namun, alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi kami.


    Ketibaan kami disambut oleh hujan yang masih tidak terhenti-henti. Kami terpaksa berlari meredahi hujan ke tempat kami perlu berkumpul. Ada yang menggunakan payung. Diriku, basah. Setelah selesai semua barang-barang diangkut, maka bermulalah program pada pagi tu. Kami berkumpul di satu tempat, seolah seperti sebuah dewan 'terbuka'. Ataupun seolah seperti pangkin. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak gambarkan. Barangkali jika aku ada gambarnya, aku akan tunjukkan. ...(^^)...

    We really had a nice day. So much so, our program ended around 11 at night. Tapi, aku berpuas hati apa yang telah berlalu sepanjang program. Banyak jugak pengalaman baru yang aku dapat.
    Rase malas lak nak sambung cite. Letak gamba ajelah...(>_<)...
    Related Posts with Thumbnails