Pages

    02 March 2008

    Reality

    As the rain falls down, I looked up at the sky. Dark. Petanda hujan akan turun tidak lama lagi. Aku merenung. Indahnya kuasa Tuhan. Rintik-rintik air hujan mula membasahi bumi. Segenap manusia mula mencari tempat untuk berteduh. Payung. Di bawah bumbung. Di dalam kereta. Di mana-mana.
    Semalam. Sabtu. 1 Mac. hari-hari sebelum tu, kadangkala hujan turun di waktu-waktu petang dinihari. Kadangkala tidak menentu. Cuma, hujan semalam turun dari pagi hingga malam. Dan malam sebelum itu, aku terasa letih. Penat. Agak awal aku tido. So, pagi esoknya, aku bangun awal. Semalam merupakan program sehari bersama anak-anak yatim. Kembara Raudhah. Difahamkan bukan sahaja anak-yatim. Ada yang orang 'istilahkan' budak-budak yang 'terbiar'. Bukan niat aku untuk menyinggung mana-mana pihak. Tapi, eloklah kiranya dipanggil anak-anak yatim. Kanak-kanak istimewa. Hati yang suci. Yang mungkin terhimpit dek keadaan yang tidak mengizinkan.

    Seharian bersama mereka, aku berasa cukup bahagia. Gelak ketawa dan gurau senda. Hatiku terhibur. Aku melihat kawan-kawan aku disekeliling. Ceria. Gembira. Sekurang-kurangnya, aku tinggalkan semua buat seketika kerja-kerja aku di kampus. Tutorial. Assignment. Seharian kami berada di sana. Dengan tujuan agar kami dapat berkongsi bersama kanak-kanak ini. Share the laughter and joy. Aktiviti dalam kumpulan. Mencari harta karun. Teka-teki. Solat berjemaah. Makan & minum bersama. Itu antara aktiviti yang kami lakukan.

    Aku tersedar dalam keseronokan. Aku terfikir. Syukur. Aku bersyukur apa yang aku dapat selama ini. Walaupun kadangkala, hati berasa tidak puas dan mahu yang lebih. Walaupun kadangkala, aku tidak bersyukur apa yang Allah dan berikan pada. Kereta. Pakaian. Makan & Minum. Wang. Dan lain-lain lagi. Memang betul, kadangkala, kita tidak akan dapat apa yang kita mahu. Pun begitu, kita boleh cuba atau berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu. Aku bukanlah seorang alim ulama. Seorang ustaz. Aku hanyalah seorang manusia. Hamba-Nya yang lemah. Yang sering memerlukan pertolongan-Nya. Namun, kadangkala aku alpa.

    Melihat apa yang kanak-kanak ini alami, buat aku merenung dan bermonolog. Bagaimana pula jika aku adalah mereka? Ape yang aku akan rasa? Terlalu sukar untuk aku rasakan. Alhamdulillah, aku punyai ayah dan ibu. Keluarga. Sahabat andai. Tapi, mereka? Saban hari melalui hidup tanpa ayah dan ibu. Dalam umur yang masih kecil, mereka perlukan kasih sayang seorang ibu. Ayah. Tetapi...

    Setelah tamat program tersebut, kami pulang. Mungkin aku tidak akan berjumpa lagi kanak-kanak ini. 10 tahun. 20 tahun. Selamanya. Pengalaman yang aku dapat, amat berharga bagi aku. Muhasabah diri ini. Di mana kita berdiri. Aku harapkan agar mereka akan sentiasa berada pada jalan yang diredhai-Nya.

    Amin.

    4 comments:

    sweetsmiley said...

    (bgenang air mata tgk gmbar2 tu)

    hishahmuddin said...

    ....(^_^)...

    Hazwan said...

    sedih sy tgk gamba2 ituw... aktiviti2 yang awak join pada pendapat sy sgt2 lah best... hope bila dah ke cyber dpt join aktiviti sebegini rupa...

    wanderfulmadnificent said...

    yes, i told my friends too that these kids are realities of life and that the exposure and experiences we get are so valuable :)

    Related Posts with Thumbnails