Pages

    04 March 2008

    Kembara Raudah 2008

    Kembara Raudhah 2008. Pondok Penyayang Raudhah, Gombak, Selangor. Pagi itu, pagi 1 Mac, aku bangkit di awal pagi untuk solat subuh. Aku menuju ke bilik air untuk ambil wudu'. Sejuk. Di waktu pagi begini, kebanyakan penginap-penginap hostel masih lagi berada di alam mimpi. Tambah pulak, hari tersebut merupakan hari sabtu. Ramai yang sudah pulang ke rumah untuk bersama keluarga masing-masing. Sunyi. Sesudah solat subuh, aku menuju semula ke bilik air. Gosok gigi. Mandi. Aku hiasi diri aku dengan sepasang baju berwarna biru gelap dan berseluar track-suit. Walaupun jarum jam hampir ke angka 8, langit masih lagi gelap. Hujan. Separa renyai dan lebat.


    Aku ambil kunci kereta aku dan menuju ke kereta. Kami berkumpul di hadapan bangunan STAD. Setibanya aku di situ, bas sudahpun tiba. Hanya menunggu kami untuk menaiki dan memenuhi ruang-ruang kerusi yang kosong. Aku membawa kereta Proton Wira putih aku. Bersama aku sebagai penumpang Naim dan Khairul a.k.a cochrane. Kami mulakan perjalanan kami. Perjalanan dari bumi Cyberjaya ke Gombak agak jauh. Dalam anggaran 45 minit hingga ke sejam. Pagi itu, kami sangat berhati-hati sepanjang perjalanan kami. Hujan. Pandangan aku menjadi agak kabur dek hujan yang agak lebat. Namun, alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi kami.


    Ketibaan kami disambut oleh hujan yang masih tidak terhenti-henti. Kami terpaksa berlari meredahi hujan ke tempat kami perlu berkumpul. Ada yang menggunakan payung. Diriku, basah. Setelah selesai semua barang-barang diangkut, maka bermulalah program pada pagi tu. Kami berkumpul di satu tempat, seolah seperti sebuah dewan 'terbuka'. Ataupun seolah seperti pangkin. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak gambarkan. Barangkali jika aku ada gambarnya, aku akan tunjukkan. ...(^^)...

    We really had a nice day. So much so, our program ended around 11 at night. Tapi, aku berpuas hati apa yang telah berlalu sepanjang program. Banyak jugak pengalaman baru yang aku dapat.
    Rase malas lak nak sambung cite. Letak gamba ajelah...(>_<)...

    2 comments:

    sweetsmiley said...

    gi library kne ajak org ek??

    ooo.. bru tau rupenyer.. ahahaha.. nnti satu kampung aku ajak g library..

    wanderfulmadnificent said...

    fakru recommended me to read your blog on raudhah and so i was interested :)

    i went there last weekend, and when i came back, i was so exhausted but satisfied and happy :)

    the residents there maybe a bit weird but they're also very colorful making me and my friends colored in their colors of life :)

    Related Posts with Thumbnails