Pages

    18 May 2008

    Dari Mata Turun Ke Hati [Part 4]

    Oleh kerana masih ramai manusia tidak takutkan Allah, ditambah pula dengan hukuman Allah yang gagal dijalankan, maka kes rogol dan zina semakin bertambah saban hari.

    "Maka, pernahkan kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkan mereka sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka, siapakah akan memberi petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran."
    (Surah Al-Jathiyah: Ayat 23)

    Penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang berzika atau mangsa rogol tidak akan hilang hingga ke akhir hayat. Masa depan mereka musnah dan mereka hidup penuh kehinaan , apatah lagi terpaksa menderita setiap saat kerana mengandungkan anak luar nikah dari perbuatan yang dikutuk Allah dan dikutuk manusia. Terdapat juga kes-kes dimana mangsa rogol atau mereka yang berzina akhirnya menjadi pembunuh kerana membuang bayi tersebut dalam tong-tong sampah, dalam tandas, dalam semak dan membiarkan bayi dimakan oleh anjing, ulat-ulat dan cacing. Mereka ini lebih kejamnya seperti Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

    "Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini dengan laki-laki yang berzina..."
    (Surah An-Nur: Ayat 3)

    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu dari perbuatan zina, kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 bala dan seksaan. Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
    • Allah mengurangkan rezekinya
    • Hidup yang hilang keberkatan
    • Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
    Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Penzina lelaki dan perempuan digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan kemaluan mereka keluar nanah yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka yang lain mengeluh dan meminta agar mereka dijauhkan dari golongan penzina tersebut.

    Apakah anda masih sanggup menghampiri zina?


    "Berilah mereka peringatan, akan hari (kiamat) yang sudah dekat waktunya ketika itu hati (menyesak) sampai kerongkong dengan menagan kesedihan. Orang-orang yang bersalah itu tidak mempunyai teman yang setia dan penolong yang memberi syafaat. Dia (Allah) mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi oleh hati."
    (Surah Al-Mukmin: Ayat 18 & 19)

    Sesungguhnya, Allah tidak akan memungkiri janji-janjiNya...

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails