Pages

    05 September 2008

    A Night @ Masjid Putrajaya

    4 September 2008...
    It's been two nights that I have been to masjid putrajaya untuk sembahyang tarawikh...entahla..barangkali aku inginkan masa untuk berseorangan..tiupan angin yang tenang..lampu-lampu neon di tepi jalan mengiringi aku sepanjang perjalanan aku ke sana..


    Allahuakbar..
    Alhamdulillahi Rabbil Alamin..

    Imam memulakan takbir tanda mulanya solat isyak...jam menunjukkan hampir ke pukul 9 malam..aku sangkakan solat isyak..rupanya imam dan makmum sudah memulakan tarawikh...aku mengambil wudhu...kemudian aku mencari tempat yang agak jauh dari jemaah..di tepian..dan tunaikan solat isyak..sesudah itu aku sertai jemaah saf untuk tarawikh...

    Subhanallah Walhamdulillah
    Walaailahailllah
    Wallahuakbar...

    Itu senario 2 malam yang lalu..semalam..sekali lagi aku pergi ke sana..tapi..kali ini aku berbuka di sana..sehingga tamat tarawikh 8 rakaat..sehingga aku menuju ke pintu untuk melangkah keluar..kelihatan juga ade jemaah yg masih meneruskan tarawikh hingga rakaat ke 20..aku singgah untuk menikmati sedikit jamuan bubur kacang merah bersama kopi yang disediakan pihak masjid..

    Aku melangkah kembali ke kereta..dan memandu menuju kembali ke kampus...

    03 September 2008

    Tag Ramadhan


    Haih..

    Ntah ape la kene tag ngan member aku sorang nih..tapi takpe..kite buat ajela...(^_&)....

    Bagaimana caranya?

    1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda

    2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
    3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
    4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags


    bashrie.blogspot.com
    fndy.blogspot.com
    encree.blogspot.com
    shootsyuhada.blogspot.com
    aigoo-saranghae.blogspot.com

    akutengahblur.blogspot.com
    nizamuddin-shah.blogspot.com

    so..mereka2 yang akan aku tag ialah: adila, yana, khalid, mariam dan asrool...(^<^)...

    02 September 2008

    Ramadhan Al-Mubarak

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi kita bernafas di muka bumiNya. Syukur kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang mulia ini, yakni bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan setiap amalan yang dilakukan, insyaAllah diterima oleh Allah dan besar ganjaran pahalanya.

    Ramadhan merupakan antara bulan-bulan di dalam kalendar Islam yang istimewa. Dikatakan bahawa, setiap amalan, yakni tidak kiralah samaada berzikir, berqiamullail, besedekah dan sebagainya, asalkan ia suatu yang baik, dan disertai dengan niat yang ikhlas, insyaAllah, kita akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Jika dahulu kita sendiri jarang sekali untuk bangun malam, yakni berqiam, rebutlah peluang ini untuk kita cuba laksanakan. Sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk ke arah itu.

    Firman Allah:
    " Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
    Surah Al Baqarah, ayat 183

    Ayat ini seringkali kita dengar tatkala tibanya bulan puasa ini. Ia merupakan satu peringatan atau tazkirah kepada kita bahawa pentingnya, atau wajib kita laksanakan ibadah puasa. Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

    "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

    PENGERTIAN PUASA

    Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa puasa adalah tidak makan dan minum. Pun begitu, kita juga dituntut untuk tidak melakukan perkara-perkara yang melalaikan atau lagha.

    SYARAT WAJIB PUASA

    Berakal
    Akhir Baligh (Cukup umur)
    Kuat atau mampu mengerjakan puasa

    SYARAT SAH PUASA

    Islam
    Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
    Suci daripada haid dan nifas
    Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

    PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

    Makan dan minum dengan sengaja
    Muntah dengan sengaja
    Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
    Keluar darah haid atau nifas
    Gila
    Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

    ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

    Orang yang sakit
    Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
    Orang tua yang sudah lemah
    Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

    Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

    Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

    Begitulah diantara fadhilat yang dapat kita perolehi sempena bulan yang mulia ini. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita tingkatkan lagi amal ibadah kita, bukan sahaja yang fardu, bahkan yang sunat. InsyaAllah, setiap amalan yang dilakukan itu diterima dan mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.

    [http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html]

    Related Posts with Thumbnails