Aku melihat sekilas pandang jam di tangan aku. Eh, tengok jam? Setahu aku takde jam tangan. Bukan, aku ade jam tangan, cuma jarang pakai. Haa, tengok jam di hanfone SE W700i kesayangan aku ni la. Masuk tahun ni, dah lebih kurang 3 tahun umur hanfone ni. Kononnya, ade plan la nak beli baru. Tapi, buat mase ni, selagi belum pecah, masih lagi berfungsi, gune ajela. Nak beli baru nanti, nak aje beli yang lebih mahal. Yela, nak 'up-to-date' la katekan. Hanfone sekarang dah ade macam-macam function. Lagi canggih, lagi pening, lagi banyak ragam dah pulak. Tapi, kalau orang tengok nampak gempak, ye tak? Ye la tu...
Dalam perkiraan aku, bile la nak abis. Agak lame jugak aku tunggu di luar. Di situ aku nampak ade sebuah kerusi. Penat berdiri, aku duduk di kerusi tersebut. Lame juga aku menunggu. 5 minit. 10 minit. Akhirnya..
"Hah, awak, ape lame sangat?? Lame saya tunggu tau.."
"Sorila, diorang tu, tibe je ade banyak bende lak nak dibincangkan."
"Owh, patutla, hah, ni, seperti yang dijanjikan, untuk awak simpan, buat rekod, penat jugakla nak buat bende ni, first time!"
"Terima kasih la banyak-banyak tolong buatkan. Maaflah sebab tak dapat menolong."
"Takpe, don't worrylah"
Aku berkira-kira dalam pemikiran aku, apa yang aku perlu buat selepas ini. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi itu..
"Lepas ni awak nak pergi mana?"
Saat itu, aku mengiringi dia ke tempat yang ingin dia tujui. Kami berjalan. Tidak banyak yang dibualkan. Mungkin perasaan kurang selesa menyelubungi diri masing-masing. "Apela yang aku buat ni?" kataku dalam diri. Seolah mengutuk diri sendiri.
"Okla awak, jalan elok-elok tau. Bye."
'Ok. Bye."
Aku berlalu pergi. Aku tidak dapat meneka perasaan aku ketika itu. Gembira? Ceria?. Namun, hanya seukir senyuman jelas terpamer di wajahku...
2 comments:
Emm...xbrape fhm cite awk ni..(?)
hehe..leh terangkan..=P
x brape paham???
ntah...sy pun tak paham
hehehe..(^_^)..
Post a Comment