Pages

    23 July 2008

    Dynamic Team Singapore (DTS) 2008 [Part 3] - Jamiyah Headquarters

    Ingat tak kat post aku sblm ni..yg aku kate aku lupe name stesen bile sampai kat singapore tu???...bari aku igt yg namenye Stesen Tanjung Pagar..hehe..[credit to Ikhwan sbb tlg igtkan..hehe..O_o..]...

    Isnin - 2 Jun 2008.
    After we had our breakfast, then the bus finally arrived..seigt aku time tu dah pukul 9 pagi..[agaknye]..anyway..we boarded the bus, have our luggage in..by the way, bas yg kami naik tu..bukanla mcm bas ekspress 40-seater tu..die mcm bas mini je..around +-20 org leh masuk....nevertheless, our destination is to Jamiyah Headquarters..which is located in Geylang...which is just outside of the city and not very far away and a few minutes drive from the city itself...along the way..sambil2 duduk dalam bas tu..kami 'disajikan' dengan pemandangan sekitar bandar singapore..rase jakun tu ade gak la..mane taknye...last time pi pun..mak aku kate mase kecik2 dulu...tahun 90an'...tp time tu kecik lagi...mane la nak igt..lagipun dulu ngan sekarang jauh berbeza...

    Sebelum kami ke Jamiyah punye headquarters..kami singgah dulu ke Darul Takrim - which is 'home for the aged' yg terletak di Tampines...we made a quick stop there utk letak barang2..dan lagipun..muslimat akan tido di situ..muslimin lak akan tido di tempat lain...Kami sampai di Jamiyah punye headquarters dlm tengah hari..the reason being kenapa kami ke situ ialah petang tu dlm kul 2 akan ade short opening ceremony dgn pihak Jamiyah...so..we had our lunch first..and then solat zohor...

    JAMIYAH Singapore was founded in 1932 by his Eminence, Moulana Abdul Aleem Siddiqui, the Roving Ambasaddor of Peace, from Meerut, India together with other religious leaders in Singapore and Malaya at that time. Jamiyah was then known as the All-Malaya Muslim Missionary Society with branches in the various states of Malaysia.

    Moulana Abdul Aleem Siddiqui

    After the separation from Malaysia, the name changed to the Muslim Missionary Society Singapore (JAMIYAH) but the ties with the former branches remain cordial. In 1970,Mr Abu Bakar Maidin and his colleagues were elected to join the office. They then had $5.60 in the kitty and their membership was a mere 190. Over the years, the membership surged to 35,000 members. This reflects the community's support and confidence in JAMIYAH. Alhamdulillah, by dint of hard work and with the help from all quarters, they have been able to rebuild the HQ building from a single storey building to a 4 storey modern centre in 1985 and then to the present 7-storey building in 1997.

    President - Mr. Abu Bakar Maidin

    Jamiyah Headquarters

    Currently, Jamiyah has possessed 4 'homes' which is Darul Ma'wa - children's home, Darul Takrim - which is the home for the aged, Daru Syifaa' - the nursing home, and Darul Islah - which also known as the 'halfway' house, more or like rehabilitation center for drug addicts. 2007 mark the celebration of Jamiyah's 75 years establishment..The long years, with tremendous efforts and work to help the muslim community of Singapore in particular, and also doing charitable activities, indeed, it has become one of the most successful organization in the world.

    Darul Ma'wa
    Darul TakrimDarul Syifaa'Darul Islah

    To know more about Jamiyah Singapore, log on to: http://www.jamiyah.org.sg/index.html

    Kalau nak ikutkan..byk bende nak cite pasal Jamiyah ni...apepun..klu sape2 yg nak tahu lebih lanjut...masuklah websitenye..hehe..(&_*)...

    18 July 2008

    Dynamic Team Singapore (DTS) 2008 [Part 2] - On The Way

    The day that all of us have been waiting for. After so many things have been discussed thoroughly, and all the months work of bringing the plan into a reality, the time has come. Frankly, walaupun rase seronok nak pergi singapore tu, tapi ade gak rase nervousnye. Mane taknye, nih dah kire pi outstation gak la, international la katakan (^_^).

    Ahad - 1 Jun 2008.

    So, untuk ke sana, kami akan menaiki kereta api KTM. Nape tak naik flight aje? Maybe, agak costly kot, walaupun cepat sampai, tapi naik kapal terbang nih, betul jugak, agak mahal. Kami akan bertolak ke sana pada waktu malam. Setahu aku lah, klu nak ke singapore nih, ade 2 jenis 'ekspress' yg org ramai boleh pilih. samaada malam punye, atau siang punye. klu tak silap aku, ekspress yg malam punye tu namenye 'senandung malam', klu yg siang punye 'senandung budaya'. Apepun, klu nak tau lebih lanjut, lawatilah laman web KTM (^_*).


    Pada siangnya, kami berkumpul kat STAD untuk prepare ape yg perlulah mcm tagging beg, checklist barang dan sebagainya. Kami bertolak dari kampus dan menaiki bas MMU ke KL Sentral. Waktu kereta api bertolak dlm pukul 9 malam. So, bile sampai kat KL Sentral tu, masih awal lagi. Ade yang pergi makan, solat, dan jalan2 jelah kat situ.


    When we safely boarded on the train, its a sign of relief and joy for us. Rase tak sabar lak nak sampai. time tu kami tak dapat tempat yg katilnye, instead, dapat tempat kerusi. bayangkanlah, perjalanan dlm 9 jam tu, mmg tak selesa betul nak tido. tambah lak, lampu tak tutup. agak tension gak arr. anyway, kami selamat sampai di stesen woodlands, singapore sekitar jam 7 pagi selepas kereta api berhenti jap kat johor. kat woodlands tu, kami kene turun untuk check passport, pelepasan imigresen lah kirenye.


    Our journey ends when the train reached its final destination. aku pun dah lupe ape name stesen tu. di sana, kami disambut oleh wakil Jamiyah Singapore, kak lissa namenye. We also had our breakfast there while waiting for the bus that will take us to Jamiyah headquarters. By the way, mende Jamiyah Singapore tu? tak pernah dgr erk? Hah, klu camtu, insyaAllah, nantikan post yg akan dtg...hehehe...(^_&).

    14 July 2008

    Dynamic Team Singapore (DTS) 2008 [Part 1] - Preparation


    Jam sudah menunjukkan sekitar pukul 1 pagi. Di waktu hening begini, masih ramai lagi yg belum tidur kerana mengulangkaji sempena final exam yg akan berlangsung tak lame lagi. Mase tu aku baru balik keluar makan bersama kwn2 aku. Yelah, rase lapar lak time tu. Setibanya aku sampai kat bilik, one of my friend, izuan, YM’ed me, "Shah, ko nak tak join pergi Singapore?". I asked him, "Nape? Bukan haritu dah penuh ke?." He replied, "Haritu mmglah, tapi skrg ni ade yg tarik diri, ade yg tak dpt join, so, nak invite ko lah join nak penuhkan." Then, I said to him, "Ok, tapi bagi aku mase sikit."


    Bukan aku tak tahu menahu pasal DTS nih, aku pernah tanye die samaada still leh join lagi ke tak. Sebab sape2 yg berminat nak join kene pi interview dulu. Aku tak pergi pun interview tu, but selepas interview tu, katenye tak leh join lagi sbb dah penuh. So takpelah. Mungkin anda tertanya2, ape Dynamic Team Singapore nih?? From what I understand is that salah satu objektif program ni ialah untuk membuat kebajikan disamping berbakti kepada masyarakat. Actually, aku pun tak tau ape dan kenape program ni dibuat, tapi after the program, baru aku faham sikit kenapa.

    Sebelum kami bertolak ke sana, beberape hari sblm tu, komiti2 semua berjumpa terlebih dahulu, kirenye utk briefing program lah mcm job scope masing2, bincang tentang flow program, ape barang2 yg nak dibawa dan sebagaianya. Seingat aku adelah kot dlm 3 hari kami ‘meeting’. Kirenye buat preparation lah sblm bertolak. Time tu baru start cuti sem dan program ni lak dibuat mase minggu ke-2 cuti sem.

    27 Mei 2008 – 31 Mei 2008.

    So, sepanjang 3-4 hari tu, kami berkumpul kat kampus. Usually, klu time2 cuti aku dah balik Melaka. Tapi, kali ni, aku tak dpt balik awal. Itupun aku dapat balik kejap je sblm aku pergi. So, basically what we did during that time was, as I mentioned before, bincang tentang flow program, pembahagian tugas atau job scope masing2, pastu ade bincang tentang barang2 ape yg nak dibawa ke sane dan lain2 lagi.

    09 July 2008

    Sepi

    Synopsis:

    Three individuals in the city learn the meaning of love, loss and loneliness. Adam, a successful young chef, expends his energy in creating confectionery masterpieces for weddings, yet has still to find his own bride. Then, there is Sufi, who each day runs for miles in an attempt to outrun the memories of his dead wife. Finally, there is Imaan, a young playwright who discovers that theater is a stage of where her past is finally resolved and her future is unveiled.

    All three strangers are inevitably linked to a single dramatic moment that transforms their lives forever.

    Bisikku pada bulan
    Kembalikan temanku
    Kekasihku, syurgaku

    Tanpa dia malam menemaniku
    Sepi memelukku
    Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
    Biar ia sepi sepertiku

    http://www.sepithemovie.com/

    About few days ago, rasenye dlm 2 minggu yg lalu kot aku pergi tgk cite ni...itupun pada asalnye nak tgk cite kungfu panda..tapi..bile aku ajak member baik aku nak tgk same..kate die tak yah tgk..membazir duit je..so..aku ajak die tgk sepi..die pun kate ok je...mase dlm wayang tu...tak ramai lak org yg tgk..seigt aku..time tu aku beli tiket slot yg tgh hari punye...ntahla..maybe org pi tgk kat panggung sekitar KL kot...anyway..from my view about the movie...is good..if given a rating out of 5..I should say 4..(^_^)...hehe..

    Cite ni merupakan dari pengarah dan penerbit cerita 'CINTA' iaitu Khabir Bakhtia..[tul ke ejaannye tu??..]..cerita ni mengisahkan kisah hidup 3 individu yg menjalani kehidupan seperti warga kota yg lain..pun begitu...kisah hidup mereka mempunyai sedikit kelainan dari yg lain...bagi aku..ape yg pengarah ingin sampaikan ialah..maksud sepi itu dari sudut yg berbeza...dengan garapan lagu2 yg mengasyikkan..dan tragedi serta peristiwa yg menimpa individu2 terbabit...pada masa yg sama..pengarah cuba menghasilkan satu jalan cerita yg menarik yg mana dari 3 jalan cerita..pada akhirnya bertembung pada satu peristiwa...ada juga elemen yg mana akan membuat penonton tertanya2..'Siapa dia ni?..ape kaitan die?' dan sebagainya...semua tu dari pandangan akulah...konon2 nye nak jadi mcm pengulas cerita..tapi tak jadik..hehe...(^_&)..apepun..kepada sesiapa yg lum tgk...pergilah menontonnya...hehe...

    'Cinta tak datang hanya sekali...'

    13 June 2008

    Sempurna

    24 May 2008

    Catatan Terakhir

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Alhamdulillah, selesai sudah dan berlalunya semester 3 bagi tahun akademik 2007/2008. Tidak lama lagi, akan tiba pula semester 1 bagi tahun akademik 2008/2009. Dengan kedatangan tahun yang baru, sudah tentu akan ada muka-muka atau pelajar baru yang akan mendaftar di MMU nanti. Pun begitu, diri ini sudah boleh dikatakan sebagai ’senior’. Sepanjang 3 tahun aku berada di MMU, selama itu aku telah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran. Kadangkala aku alpa. Aku leka. Namun, aku bersyukur kerana Tuhan telah memberikan aku peluang untuk terus hidup di muka bumi ini.


    Catatan terakhir ini bukanlah bermakna tulisan terakhir aku di blog ini. Cuma, ia sebagai satu intipati dan isi yang ingin serba sedikit aku sampaikan. Jika diimbas kembali, pertama kali aku mula untuk menulis dan memiliki blog ini, ialah pada tahun 2007 yang lalu. Aku merasakan yang aku teringin untuk menulis dan bercerita. Tidak kisahlah apa bentuk jua sekalipun. Asalkan ada keinginan untuk menulis, aku akan memulakan bicara dan post di dalam blog aku. Bagi sesiapa yang sering mengikuti perkembangan blog aku, sedia maklum, blog yang sekarang ini bukanlah yang asal. Kepada pembaca yang tahu, mereka akan tahu bagaimana keadaannya diriku ketika itu. Aku terlalu memendamkan perasaan. Dan kadangkala aku luahkannya pada blog aku. Seringkali ada dikalangan sahabat andai aku, yang bertanyakan tentangnya. Pun begitu, aku sering bermain teka teki, dan mengatakan tidak ada apa-apa.

    Kadangkala, aku berasa terkilan. Sedih. Terharu. Aku sering berfikit yang bukan-bukan. Aku jadi serabut. Kadangkala, tidur aku terganggu. Kadangkala aku terfikirkan masa depan aku. Dimanakah aku akan berada 10, 20 atau 30 tahun akan datang. Seringkali aku teringat akan ungkapan ini, ”Kita merancang, Allah merancang, namun, sebaik-baik perangcang adalah Allah”. Sebagai seorang muslim, salah satu dari rukun iman adalah percaya kepada qada’ dan qadar. Percaya bahawa kehidupan seseorang itu telah ditentukan Allah. Boleh jadi satu perangcangan itu dibuat secara teliti dan menyeluruh, pun begitu, jika dikatakan oleh Tuhan yang ianya akan gagal, maka ia akan gagal. Pun begitu, di sini hadir juga konsep ’berusaha, berdoa dan bertawakal’. Jika kita inginkan sesuatu, kita perlu ada usaha kearahnya, dengan cara yang betul. Kemudian, berdoa agar mendapat yang terbaik dan berserah atau bertawakal atas usaha kita itu. Bagi aku, di dalam usia sebegini, barangkali aku perlu berfikiran lebih kritis dan matang. Aku sering berfikiran negatif. Aku perlu positif.

    Hidup ini kadangkala tidak mudah yang kita sangkakan. Kadangkala kita merungut, ’kenapa dia boleh dapat A+?”, ’Kalaulah aku boleh score macam dia?’. Tidakkan kita terfikir bahawa Tuhan telah menjadikan kita dengan keunikan tersendiri. Setiap manusia itu telah dicipta dengan adanya kebolehan tertentu yang barangkali tidak ada pada orang lain. Namun, kita boleh belajar. Belajar untuk memajukan diri kita. Belajar untuk mendapat ilmu dan sebagainya. Aku tahu sejauh mana aku boleh pergi. Kadangkala aku terpaksa memaksa diri ini. Setiap kali, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, hati aku berasa bercampur baur. Antara pilu, sedih, terkilan, syukur. Entahla. Melihat rakan-rakan lain yang mendapat keputusan cemerlang, aku tumpang gembira. Mereka mempunyai wawasan, hala tuju, dan target yang ingin dicapai. Tapi aku??

    Sewaktu di sekolah, aku bukanlah seorang yang menjadi tumpuan orang. Aku pernah gagal. Aku pernah merasa bagaimana peritnya menjadi seorang failure. Tapi, aku bangkit, aku merasakan bahawa aku perlu lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan. Dan, alhamdulillah, aku berjaya. Pun begitu, tatkala aku meniti hari-hari yang mendatang sepanjang aku berada di kehidupan universiti, aku menjadi lemah. Keputusan aku semakin teruk. Tapi, aku merahsiakan pada rakan-rakan aku. Di luar, apabila aku berjumpa dengan mereka, aku riang. Bergurau senda, bergelak ketawa dan bermain bersama. Tapi, dalam hati ini, hanya aku yang tahu.

    Kepada pembaca budiman sekalian, apa yang aku ingin sampaikan di dalam ruang kesempatan ini ialah aku bersyukur kerana mendapat kawan seperti anda semua. Serba sedikit anda semua telah membentuk diri aku sebagaimana aku berdiri hari ini. Aku ingin meminta maaf andai sepanjang perkenalan kita aku ada membuat kesalahan, terkasar bahasa atau sebagainya. Dan, aku juga memaafkan anda semua jika ada kesalahan terhadap diri ini. Kita semua tidak lari kesilapan. Baik secara sengaja atau tidak. Ingatlah, kita hidup di dunia yang penuh dugaan dan cabaran. Masa berlalu begitu pantas dan manusia hari ini sibuk mengejar harta sampaikan kita berasa masa itu tidak cukup. Bukan aku ingin menunjuk, tapi sebagai peringatan diri ini dan anda.

    Jam di laptop ini tepat menunjukkan pukul 1 pagi. Hari ini sudahpun melangkah ke 31 mei. Esok akan tiba pula bulan jun. Di saat aku menaip catatan ini, aku berada di melaka bersama keluarga aku. Esok aku akan pulang ke ibukota. Apa khabar agaknya dia di sana? Apakah yang sedang dia lakukan pada waktu ini? Harapan aku agar dia dalam keadaan sihat. Aku terpaksa. Aku terpaksa melepaskannya. Biar aku menyesal, jika itu apa yang aku perlu lakukan. Aku terpaksa berkorban. Berkorban demi kebahagiaan orang lain. Keadaan ini terlalu rumit bagi aku. Selama mana dia berada di depan mata aku, aku terpaksa berpura-pura. Aku terpaksa buang perasaan terhadap dia jauh-jauh.

    Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang kau redhai, jalan yang diberkati. Boleh jadi apa yang aku benci itu, adalah yang baik untuk aku. Pun begitu, boleh jadi juga apa yang aku suka itu, tidak elok untuk aku. Amin.

    23 May 2008

    Forum Remaja: Tentang Cinta

    Wah..about love..love is in the air..somebody is in love..
    love..love..love..
    or we say it as CINTA...

    Actually, forum nih berlangsung bulan 4 arituh..sbbkan dapat gambar2 lambat..ngan examnye lagik...tak sempat nak post...baru skrg dah abih exam nak post..huhu..So..forum tu diadakan di surau al-hidayah..dan pada masa yg sama gak..malam tu ade event lain yg sedang berlangsung..tak silap aku konsert GEMA...(..hmmm..)...rasenyelah..ni pertama kali kot forum sebegini diadakan di MMU nih..(rasenyelah..)..

    Forum ni gak merupakan collaboration bersama PKPIM..aku pun dah lupe what is stands for..anyway...ahli panel yg dijemput ade 3 org...saudara jufitri bin johar...ustaz hafiz bin hj. mustafa lubis..dan dr. nur izura bt udzir..barangkali ade sesetengah dari hadirin tak kenal mereka tuh..termasuk aku gak..kecuali saudara jufitri tu...pernah arr sekali dgr talk die...pun begitu..cara penyampaian diorang..mmg menarik...kelakar pun ade gak..(^_^)...

    Above all, forum tu byk memberi input serta penyelesaian kpd sesiapa yg...mungkin ade kemusykilan tentang cinta...biaselah..remaja kan..ade kecenderungan terhadap seks atau jantina yg bertentangan...yg lelaki minat kat perempuan nih..dan yg perempuan juga sebaliknya..cume..forum nih diterangkan serba sedikit dari sudut agama camne..leh ke tak?..perlu ke buat camni?..klu camni lak camne??..dan lain2 lagi lah....

    18 May 2008

    Dari Mata Turun Ke Hati [Part 4]

    Oleh kerana masih ramai manusia tidak takutkan Allah, ditambah pula dengan hukuman Allah yang gagal dijalankan, maka kes rogol dan zina semakin bertambah saban hari.

    "Maka, pernahkan kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkan mereka sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka, siapakah akan memberi petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran."
    (Surah Al-Jathiyah: Ayat 23)

    Penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang berzika atau mangsa rogol tidak akan hilang hingga ke akhir hayat. Masa depan mereka musnah dan mereka hidup penuh kehinaan , apatah lagi terpaksa menderita setiap saat kerana mengandungkan anak luar nikah dari perbuatan yang dikutuk Allah dan dikutuk manusia. Terdapat juga kes-kes dimana mangsa rogol atau mereka yang berzina akhirnya menjadi pembunuh kerana membuang bayi tersebut dalam tong-tong sampah, dalam tandas, dalam semak dan membiarkan bayi dimakan oleh anjing, ulat-ulat dan cacing. Mereka ini lebih kejamnya seperti Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.

    "Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini dengan laki-laki yang berzina..."
    (Surah An-Nur: Ayat 3)

    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu dari perbuatan zina, kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 bala dan seksaan. Tiga bala sewaktu didunia iaitu:
    • Allah mengurangkan rezekinya
    • Hidup yang hilang keberkatan
    • Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
    Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Penzina lelaki dan perempuan digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan kemaluan mereka keluar nanah yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka yang lain mengeluh dan meminta agar mereka dijauhkan dari golongan penzina tersebut.

    Apakah anda masih sanggup menghampiri zina?


    "Berilah mereka peringatan, akan hari (kiamat) yang sudah dekat waktunya ketika itu hati (menyesak) sampai kerongkong dengan menagan kesedihan. Orang-orang yang bersalah itu tidak mempunyai teman yang setia dan penolong yang memberi syafaat. Dia (Allah) mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi oleh hati."
    (Surah Al-Mukmin: Ayat 18 & 19)

    Sesungguhnya, Allah tidak akan memungkiri janji-janjiNya...
    Related Posts with Thumbnails