Pages

    29 February 2008

    Cerpen: Aku redha dia Isteriku...[Epilogue 1]

    Cerpen ni aku amik dari blog lame aku...saje je aku nak post balik kat blog baru aku ni..(^^)..anyway...sape2 yg lum pernah bace lagik...bace2 lah erk...enjoy...(^*)...

    28 tahun dahulu, aku dilahirkan dan dibesarkan disebuah kampung. Ya,
    aku orang kampung. Namun, kerana kelebihan yang kumiliki, aku melanjutkan pelajaran dan bekerja di bandar dengan gaji yang kuimpikan. Seperti lelaki yang normal, aku juga mempunyai kekasih hati dan pada usia begini, aku memang telah memikirkan untuk mengakhiri zaman bujangku. Rin begitu sempurna pada pandanganku, apatah lagi dia digilai oleh ramai lelaki samada di kampus dahulu mahupun di tempat kerjanya. Namun kurasakan diri ini begitu bertuah kerana Rin memilih untuk bersamaku. Setelah janji dipatri, aku mengambil keputusan untuk memberitahu ibu di kampung. Aku ingin segera di satukan dengan gadis pilihanku ini. Ibu kuhubungi, menyatakan aku akan pulang menjenguknya selepas kerja hari jumaat ini. Malam itu, selepas solat isyak, aku mendekati ibu. Niatku cuma satu, aku ingin memiliki Rin. Restu ibu kupohon. Namun, sebelum sempat aku memulakan bicara, ibu terlebih dahulu menunjukkan foto seorang gadis. Aku pandang sepintas lalu, ayu. Manis bertudung, tidak seperti Rin yang berambut perang. Ibu, bukan ini yang mahu aku bincangkan.

    Dengarlah ibu.. Aku cuba menyusun kata...

    Ibu juga mahu
    meneruskan ceritanya. Sebagai tanda hormat, aku biarkan ibu meluahkan perasaannya dahulu. Ahhh? hampir pitam aku dibuatnya bila aku menyatakan gadis dalam foto itu ialah tunangku yang ibu pinangkan minggu lepas dan majlis perkahwinanku dirancangnya pada awal bulan hadapan. Ibu, ibu? kenapa ibu buat begini. Aku cuba menolak tetapi apabila melihatkan wajah tua ibu, aku menjadi sayu. Bagaimana hendakku khabarkan bahawa aku mencintai Rin, bukannya gadis itu. Ibu terus bercerita yang gadis itu piatu, anak arwah kawannya yang meninggal tahun lalu. Ibu memang telah lama berkenan dengan gadis itu, dan sekarang ibu ingin menyambung persaudaraan dengan arwah rakannya. Ibu ingin bermenantukan gadis itu. Anak seorang imam dan ustazah, itulah impian ibu. Melihatkan air mata ibu, aku menjadi lemah.

    Setelah ketiadaan ayah 20 tahun lalu, ibulah
    yang bersusah payah mencari rezeki untuk kami 2 beradik. Sebagai anak sulung, akulah harapan ibu.. aku lah semangat ibu.. Mengenangkan itu, aku menjadi sebak.. Tak sanggup rasanya aku melukakan hati tua itu. Petang ahad itu, aku pulang ke bandar. Sepanjang perjalanan, aku tak henti-henti berfikir tentang hal ini. Berkali-kali aku terpaksa berhenti di hentian rehat kerana fikiranku kacau. Aku tidak dapat memberikan tumpuan pada jalanraya.

    Aku buntu.

    Bagaimana hendak ku
    khabarkan kepada Rin yang aku kini tunangan orang? Bagaimana untuk aku nyatakan kepadanya yang impian kami selama ini kini tinggal angan-angan? Rin pasti kecewa, dan yang pasti aku tak sanggup mengecewakan hati gadis yang kucintai. Foto dan nombor telefon yang dibekalkan ibu aku buang ke dalam tong sampah di satu hentian rehat. Aku tidak akan menghubungi gadis yang kuanggap pemusnah impanku. Seperti kujangka, Rin tidak dapat menerima berita ini. Dia menangis dan menangis. Dia mendesak aku memutuskan pertunangan dengan gadis itu. Dia juga mahukan nombor telefon gadis itu. Dia mahu bersemuka dengannya. Rin tidak mahu melepaskanku. Aku semakin buntu.

    Semakin hari, semakin dekat tarikh pernikahanku. Aku semakin tersepit dengan karenah Rin yang semakin menjadi-jadi. Aku cuba mententeramkan hatinya dengan menyatakan dialah cintaku selamanya. Kerana terdesak, Rin mencadangkan kami lari bernikah di negara jiran.. Cadangan Rin kutolak. Tak sanggup aku melukakan hati ibu. Rin juga sanggup mengetepikan maruahnya dengan mengajak aku bermalam bersama.

    "Rin, kutahu cintamu tulus untukku, tetapi jangan lah kau
    berkorban sehingga ke tahap ini. Ilmu agama yang ibu ajarkan masih kupegang. Aku masih tahu membezakan antara yang halal dan yang haram. Ingatlah Rin, jangan sesekali memperjudikan maruahmu."

    Dengan sekali lafaz, aku secara sah telah menjadi seorang suami. Aku
    kesal kerana bukan nama Rin yang kusebut tadi. Kali pertama bersua muka dengan isteriku untuk upacara membatalkan air sembahyang, perasaanku sedikit terusik. Memang ayu wajahnya, solekan yang nipis menyerlahkan kecantikan semulajadinya. Memang patut ibu berkenan. Tetapi sayang, hatiku, perasaanku dan cintaku untuk orang lain. Malam itu, memang aku sengaja berlengah-lengah di ruang tamu. Berat kakiku melangkah ke kamar pengantin walaupun beberapa kali diingatkan oleh ibu. Melangkahkan kaki ke dalam bilik, aku terpaku. Naluri kelakianku bergetar melihatkan aurat yang selama ini terlindung di sebalik tudung. Indah sungguh ciptaanmu Tuhan. Dia senyum padaku. Senyumannya ku balas. Aku menukar pakaian dan terus baring di katil. Malam itu berlalu begitu sahaja. Aku bangga kerana berjaya mengawal perasaanku. Ketahuilah Rin bahawa cinta, hati dan tubuhku hanyalah untukmu.

    + *Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Nama-nama yang terkandung tidak melibatkan mana-mana pihak samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Namun, cerita ini direka kerana mempunyai mesej dan maksud yang tersirat untuk bacaan umum.* +

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails