Pages

    27 April 2008

    Lawatan ke Muzium Kesenian Islam

    Pada 13 April yg lalu..satu lawatan telah dianjurkan oleh Biro Publisiti dan Informasi IU ke muzium kesenian islam yg terletak di kuala lumpur..it was on a sunday...and program lawatan ni merupakan salah satu dari sub-program IU Apprentice... Muzium ni telah siap dibina pada tahun 1998..dan difahamkan penubuhan muzium ni ilham dari bekas PM Malaysia..Tun Dr. Mahathir...ape yg menarik di muzium ni ialah pameran hasil2 seni yg telah dihasilkan oleh umat2 Islam yang terdahulu...klu nak tahu lebih lanjut..bolehlah lawati di laman web muzium... http://www.iamm.org.my/main.php


    Basically..itulah ape yg kami buat sepanjang hari..ade aktiviti ngan anak2 yatim skali..so..agak memenatkan lah..ngan keletah budak2 tu...huhu..tapi seronok gak melayan diorang...(^_&)...and then petang tu...sebelum balik..kami singgah PWTC...pi Pesta Buku Antarabangsa...

    22 April 2008

    Dari Mata Turun Ke Hati [Part 2]

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat...Mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Hai Ali! Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan dari umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan, lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya..." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai anakku, adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya adalah kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (bukan muhrim)."


    Dari mana datangnya CINTA? dari mata turun ke hati!. Oleh kerana itu, Islam mewajibkan setiap umatnya memelihara mata agar hati tidak mudah tergoda.
    Nafsu dan syahwat adalah umpama binatang buas yang sedang tidur, ia mesti dijaga dari permulaannya. Sekiranya ia terjaga pasti tidak dapat mengawalnya lagi kecuali orang-orang yang takut kepada balasan Allah.

    "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya. dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (Surah An-Nur: Ayat 30)

    "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan jangan mendedahkan perhiasan mereka." (Surah An-Nur: Ayat 31)


    "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat." (Surah Al-Israk: Ayat 32)

    16 April 2008

    Kanta Sentuh Berwarna (Contact Lens): Boleh atau Tidak??

    Hari ini, bagi golongan yang memakai cermin mata, terdapat satu lagi alternatif untuk 'membantu' mata yang rabun supaya dapat melihat iaitu contact lens. Pun begitu, terdapat juga kanta sentuh ini yang berwarna. Persoalannya, bolehkah kita memakai kanta sentuh atau contact lens yang berwarna? Apa pula hukumnya?. Marilah sama-sama kita menjawab persoalan ini...

    Berdasarkan fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

    "Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.

    Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.

    Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

    Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto , berkata:

    "Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan) . Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.

    Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?

    Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.

    Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

    Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:

    "Terdapat 2 jenis kanta sentuh:

    1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.

    2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan.
    Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

    Wallahu'alam
    Sumber:
    http://www.islamonl ine.net/servlet/ Satellite? pagename= IslamOnline- English-Ask_ Scholar/FatwaE/ FatwaE&cid=1119503544976

    [*Artikel di atas bukanlah aku yg buat..tapi aku dpt dari emel dari mereka yg bertanyakan soalan tersebut..aku copy paste aje...hehe..(>_<)...*]

    Tanda Kekuasaan Allah

    Aku pun tak tau lah sape amik gamba2 ni...if i'm not mistaken..happened somewhere in early April at KL...not sure the exact date..it was going to rain..dan biasenye lah..tanda2nya tgk pada awan langit yg semakin gelap..

    Something to ponder about..

    11 April 2008

    Jangan Bilang Tidak


    Jangan bilang tidak
    Bila kita belum mencuba
    Siapa yang tahu akan sama
    Hatimu dan juga hatiku

    Banyak yang bercinta
    Bertahun-tahun putus juga
    Ku harapkan dengan dirimu
    Walaupun singkat
    Pendekatan cinta kita kan abadi...

    Dah lame gak aku mencari2 lagu ni..byk kali gak dgr kat radio..tapi tak tau ape tajuknye...dan sape penyanyinye..last2..dapat gak...(^&)..

    Malam semalam..aku tido agak lewat..since esoknye (jumaat) tu..aku ade midterm...bile time examnye tu...ntahla..aku rase..mcm..mungkin result aku nti...teruk...aku tak yakin yg aku akan dpt keputusan yg cemerlang..ntahla..seolah2 mcm 'blank'..hmm..dlm time exam tu..mcm2 aku pikir...many things came up to me..I really...really...

    ...

    10 April 2008

    Bahagia


    Tibe-tibe aje aku rase bahagia??..kenape erk??..(^_^)...

    09 April 2008

    Moody

    Semenjak-due menjak ni..emosi aku seolah terasa kurang stabil..petang tadi..aku betul2 rase takde mood nak study..bile bukak je buku...apepun tak masuk...midtermnye dahla ari jumaat ni..haih..sebelum ni..kdg2 tu..tak taul..aku rase mcm aku main lepas ckp je...aku ade ckp gak yg aku tgh rase 'hot'...silap ari bulan..ntah sape2 lah tak pasal2 kene marah...entahla..lately ni..aku byk sgt fikir agaknye...dengan mid termnye..assignmentnye...aritu..ade skali tu..kepala aku rase sakit sgt..agak2nye migrain kot...ntahla...

    Ade gak sorang-due kwn2 aku tanye..nape tak update blog??..aku bukan tak nak update...rase mcm malas sgt..tak tau nak cerita ape..so..kdg2 tu aku just copy paste je..klu ade cite2 menarik ke...post ajela..

    Hurm..tak lame lagi..dah nak final exam..tapi masih byk lagi tak study..sekejap je mase berlalu..tgk2 dah nak abis sem 3 dah..tapi takpe..aku cuba utk gagahkan diri..nak cari semangat supaya dpt study...insyaAllah...
    Related Posts with Thumbnails