Pages

    03 April 2008

    Dari Mata Turun Ke Hati [Part 1]

    Masyarakat menjadi gawat kerana meningkatnya kes rogol dan zina. Sepanjang tahun 2003 sahaja, sebanyak 1479 kes rogol dan zina telah dilaporkan kepada polis. Ini bermakna setiap hari terdapat 4 kes rogol dan zina yang dilaporkan. Kes yang dianggarkan melebihi 4 kali ganda.

    Walaupun terdapat ramai perogol dan penzina atau golongan hamba kepada nafsu syahwat ini bebas berkeliaran di kalangan masyarakat, namun masih terdapat ramai remaja perempuan yang tidak takut atau tidak malu mendedahkan aurat serta berjinak dengan golongan lelaki yang besar kemungkinan akan menjadikan mereka mangsa rogol seterusnya. Mereka pula mudah tertipu, dipujuk, dirayu, dan dibawa ke tempat sunyi atau mengikuti lelaki yang mungkin rosak akhlaknya.

    Firman Allah:

    'Dan janganlah mereka (perempuan yang beriman) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah nampakkan perhiasan mereka...'
    [An-Nur: Ayat 31]

    'Hai Nabi, katakanlah pada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang beriman) agar mereka tidak diganggu oleh lelaki jahat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'
    [Al-Ahzab: Ayat 59]

    Islam mewajibkan wanitanya menutup aurat kerana adalah amat sukar membezakan di antara lelaki yang beriman yang takut kepada hukum Allah dengan lelaki yang rosak akhlak (jahat) tetapi berpura-pura baik. Oleh itu, menjadi kewajiban kepada setiap wanita Islam agar mereka menjaga kehormatan diri mereka supaya tidak mudah ditipu atau digoda.

    Sesetengah wanita adalah tentera kepada syaitan. 'Engkau adalah tenteraku, Engkau mata panahku yang aku lemparkan, Engkau tempat rahsiaku, Engkaulah utusan kepada keperluanku' Kata syaitan kepada wanita yang buruk akhlaknya yang mendedahkan aurat bagi menaikkan nafsu syahwat.

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails