2008 telahpun berlalu melabuhkan tirainya. 2009 pula tiba sebagai tanda tahun baru. Saban tahun, apabila tibanya tahun baru, maka azam baru menjadi sebutan. Pun begitu, sudah terbuatkah azam kita pada tahun-tahun sebelum ini? Apapun, begitu banyak pengalaman suka dan duka, gembira dan sedih, dan kenangan-kenangan manis yang dilalui sepanjang tahun lalu. Kadangkala kita berada di atas, kadangkala berada di bawah. Yang jauh. Yang dekat. Yang besar dan yang kecil. Yang lalu dijadikan tauladan, yang akan datang dijadikan sempadan. Sementelah, pengalaman lalu itulah serba sedikit dapat memberi panduan kepada diri kita untuk survive atau bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun pada masa akan datang. Apapun yang kita lalui, jadikan ia sebagai satu pengalaman dan pengajaran.
“Shah, aku kesianlah tengok kau.”
“Kenapa kau kate gitu lak?”
“Aku bukan apa. Bila aku baca balik blog lama kau tu, kau ni terlalu banyak sangat fikir benda-benda negatif. Kau ingat tak satu post kau tu, post yang terakhir rasanya..”
“Oh, yang itu. Aku ingat. Tapi, yang lalu tu, biarlah ia berlalu. Aku..”
Dulu lain. Sekarang lain. Masa yang lalu tidak sama sekali akan kembali. Sejauh mana payahnya hidup ini, sejauh mana dugaan yang kita lalui, hidup mesti diteruskan. I have struggle a lot. I know that I may not be the best among the rest. There are so many things to do, yet so many things to say. I tried. I had tried. But why does it have to be this way? I don’t blame anybody. It’s me, myself. I have tried, but not well enough. I couldn’t climb high up the mountains, but only to know that I could only reach up the hill. Sometimes, people see me for what I do. I am what I am. I tried to be someone, something else. But, you felt that it’s hard and felt so difficult. Only to find out that, it’s what inside of you. For every decision you make, for each step you take, for every move that you make, it’s all up to you. Somehow, in a midst of all those difficulties, there is still hope, a light shining way above and you try to reach it. Sometimes, what we hope for doesn’t always what we expected it to be. So does in life, sometimes we don’t get what we really want. Kadangkala Tuhan tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Tuhan member apa yang kita perlu.
Masa berlalu begitu pantas sekali. Aku begitu merasakan bagaikan baru semalam sahaja aku mengambil SPM. That was what, 4 years ago. Dalam kesibukan kita dengan tugasan harian, umur aku dah melonjak ke angka 22. Satu umur yang agak matang untuk diri, untuk aku menilai sejauh mana hidup aku yang bakal aku lalui. Manusia merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Aku ada rancangan aku, cuma, kadangkala, aku tak tahu apa sebenarnya yang aku inginkan. As what Stephen R.Covey said in his book, one of the habits of highly effective people is, “Begin with an end in mind”. Mungkin itulah apa yang aku fikirkan selama ini. Where would I be 5, 10, 15, 20 years from now? Dimana aku akan bekerja setelah aku graduate? Kerja apa? Dengan siapa? Dimana pula aku akan menetap? Bermacam-macam benda yang aku fikirkan. Kadangkala, aku tak lena tidur kerana memikirkan masalah-masalah tersebut.
Tatkala ramai di antara rakan-rakan aku yang lain sedang menduduki peperiksaan, aku terlantar di atas katil hospital. Pagi itu, hati aku berasa sangat-sangat pilu. I should have sit and taken my examination. Tapi, Allah lebih mengetahui ujian yang ditimpakan ke atas hamba-hambaNya. Aku cuba untuk bersabar. Aku memikirkan yang positif. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Malam, aku berasa sepi dan keseorangan. Tiada nada gurauan dan ketawa. Tiada senyuman yang terukir di bibir. Semuanya sunyi. Aku menangis. Aku menangisi apa yang aku lalui selama ini. Ya Allah, terlalu maha berat ujianMu ya Allah. Aku berasa tidak sanggup untuk memikulnya. Ya Allah, bimbingilah hambaMu ini ya Allah. Dan tatkala itu, aku teringat akan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286,”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Bersabarlah. Terimalah ini sebagai satu ujian.
Kawan, aku berterima kasih kepadamu kerana menjadi sahabat yang baik bagi aku. Aku hanyalah seorang manusia biasa seperti engkau. Aku berterima kasih kerana memberi aku dorongan dan nasihat yang berguna. Kawan, dalam kehidupan seharian yang kita lalui, kita berjumpa dengan pelbagai orang. Lelaki, perempuan, yang muda, yang tua, yang tinggi, yang rendah. Kita hidup saling melengkapi antara satu sama lain. Aku tidak apa yang dapat memberi kau selain nilai sebuah persahabatan. Engkaulah yang akan datang tatkala aku senang dan susah. Dan begitu juga aku. Ingatlah kawan, ‘friends come and go. Only those that are truly the one that really appreciates the true meaning of friendship will be your shoulder to cry on.’
Kawan, sudah terlalu lama aku memendam perasaan. Hati ini menjerit, tetapi tiada siapa yang mendengar. Aku terkilan melihat rakan-rakan yang lain berjaya. Lihatlah di mana aku sekarang. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Tersenyum keseorangan. Aku gembira melihat mereka berjaya. Beroleh sebuah kejayaan adalah suatu saat yang sangat manis. Aku pernah merasa kemanisan itu. Aku pernah. Kawan, tahniah di atas kejayaan mu itu. Berbanggalah apa yang kau telah peroleh. Itulah hadiah yang paling bernilai bagi engkau.
Kawan, ingatkah ketika mula-mula berkenalan dahulu? Kita saling tidak mengenali antara satu sama lain. Kita berasa asing. Dek kerana pertemuan demi pertemuan, banyak yang kita kongsi. Baik dan buruk itu kita terima dengan hati yang terbuka. We used to laugh together with others. Kita sering bersenda-gurauan. We used to go out and have fun together. We used to share our problems. Tatkala aku jatuh, engkau hadir untuk aku bangun semula. Tatkala engkau berada di atas, teruskanlah wahai kawanku. Teruskanlah.
Kawan, apabila kita berpisah, gunalah segala apa yang engkau telah pelajari. Gunakanlah untuk kebaikan diri engkau. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa mu, kelak, mereka mendambakan kasih sayang dari seorang anak. Janganlah engkau bermusuhan antara satu sama lain. Beralahlah. Tidak rugi jika engkau beralah. Apa bezanya antara dia dan engkau? Kita ni manusia, yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ampunilah ia, dan berdamailah. Kawan, patuhilah segala suruhan agama. Solat 5 waktu. Amar makruf dan nahi mungkar. Bencilah segala kemungkaran yang ada di sekelilingmu. Berdoalah kepada saudara-maramu yang sedang dalam kesusahan. Kawan, andai aku tiada lagi, teruskanlah hidupmu. Teruskanlah mencapai cita-cita mu. Begitulah lumrah kehidupan. Akan sampai masanya, semuanya akan berakhir. Terima kasih, kawan. Terima kasih.
We seldom regret things that we already did; instead,
we often regret things that we did not do.
2 comments:
salam..shah aku nak bagitau aku sentiasa dibelakang kau..jika memerlukan sahabat disesi kau...aku disitu...blog kau kali membuatkan aku sobsob..gabate
salam..
alhamdulilah.. saya akan sentiasa menyokong awk, walau dimana awk sekali pon.. insyaAllah..
saya doakan agar awk dpt jumpe calon yg baik suatu hari nnt.. :) jika dah berada didepan mata, jgn disia2kan.. :)
waallahu'alam..
Post a Comment