Setelah 5 hari di rumah ibu, aku perlu pulang ke bandar. Ahh, sudah semestinya gadis ini perlu ku bawa pulang. Masalah.. masalah. Rin pasti mengamuk jika dia tahu.
Rin, percayalah, gadis ini tidak pernah kusentuhi...
Di rumah, aku meminta Hana tinggal di bilik sebelah, bukan sebilik denganku. Dia tidak membantah, menurut sahaja. Hari-hari seterusnya ku lalui seperti biasa. Hana tidak banyak karenah. Setiap pagi, dia pasti bangun awal menyediakan sarapanku. Baju kerjaku siap digosok.
Rumah dan bilikku sentiasa di kemas. Pendek kata, dia benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyeri rumahtanggaku. Sebagai guru, dia ke tempat kerja lewat tetapi pulang lebih awal daripadaku. Apabila aku pulang, semuanya telah tersedia. Tinggal makan dan rehat sahaja.
Sebagai suami dan ketua keluarga, aku tidak lupa memastikan kelengkapan rumah kami tersedia. Walaupun aku tidak menerimanya sebagai isteri, tetapi aku juga tidak mengabaikannya. Duit sara hidup dan duit dapur kutinggalkan untuknya. Jika ada barangan yang habis, aku tidak lupa belikan. Pendek kata, tiada yang kurang dalam rumah tangga kami. Yang kurang ialah kami tidak tidur bersama. Bukan aku kejam, cuma aku tidak boleh . Cintaku masih untuk Rin. Aku bukanlah jenis lelaki yang akan mengambil kesempatan. Walaupun Hana isteriku, aku tidak mahu bersamanya hanya kerana tuntutan nafsu. Aku mahukan cinta. Syukurlah dia faham. Aku dan Hana seperti biasa. Kami juga berbual-bual di ruang rehat atau di meja makan, seperti suami isteri yang lain. Yang bezanya, kami akan masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.
Hana tidak pernah mempersoalkan tindakanku. Dia redha. Dia tahu aku mempunyai Rin dalam hidupku. Rin selalu menghubungiku. Adakalanya aku rimas dan lemas kerana Rin selalu mendesakku melepaskan isteriku. Mana mungkin aku menceraikan isteriku yang tiada dosa. Atas sebab apa dia nak kuceraikan.
Aku buntu. Hana gadis sempurna.
Tiada satu pun cacat celanya. Dia memang layak menjadi isteri. Bohonglah kalau kukatakan aku tidak tergoda melihatnya, tetapi aku menahan segalanya. Aku tidak mahu memusnahkan kepercayaan Rin terhadapku. Tanpa ku sedar, dalam masa yang sama, aku juga tidak mahu kehilangan Hana. Dia gadis baik. Sentiasa menghormatiku sebagai suami. Tuturkatanya lembut, senyumannya menawan. Tak dapat kubayangkan rumah tanggaku tanpa Hana. Dia penyeri rumahku.
+ *Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Nama-nama yang terkandung tidak melibatkan mana-mana pihak samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Namun, cerita ini direka kerana mempunyai mesej dan maksud yang tersirat untuk bacaan umum.* +
0 comments:
Post a Comment