Pages

    29 April 2009

    Teardrops Of My heart


    ~ I cried
    and I cried ~
    ~ I weep the tears
    falling down on my cheek ~

    ~ Oh, the sky is blue
    as the sun sets on the horizon
    and slowly the wind blows ~
    ~ Why oh why?
    I have nothing to say ~
    ~ Come down oh teardrops of my heart
    for I need you to go away
    ~

    28 April 2009

    Desa IT 2009 Sarawak [#4]: Opening Ceremony

    Maka..kami pun sampai ke rumah keluarga angkat masing2...nasib baik umah aku tu tak jauh dari dewan tempat kami berkumpul...kirenye tu dewan serbaguna utk penduduk kampung situ..byk aktiviti2 utk org2 kampung biasenye buat kat situ arr...bytheway..walking distance dari dewan ke rumah keluarga angkat aku dlm 2-3 minit je..rumah tu lak betul2 bersebelahan sekolah rendah..(lupe lak name skola tu..)...so..we settled down..and get to know our foster family lah..at that time..'mak cik' aje yg ade..dgn 3 anak die...so..kami berempat pun borak2 la ngan mak cik...kami kenal2 kan diri asal dari mane..etc2...

    So..malam tu kami ke dewan utk opening ceremony program.there was ucapan dari penghulu..and then ade slot utk pembahagian sumbangan pd keluarga2 angkat yg terlibat...pastu ade persembahan..antara persembahan yg ade mase tu..tarian 'poco-poco' ke ape namenye..yg dipersembahkan oleh kaum ibu-ibu..rasenye mak cik pun ade skali...hehe...and then ade satu mcm tarian gabus ke..gitu...the music just played..and anyone that feel that wanted to dance can take the floor..so..we really enjoyed it...so and so..after all is finished...hampir semua komiti kene berkumpul lak utk preparation esoknye..iaitu nak pi sekolah lah..mcm biase mengajar budak2...ade yg wrapping hamperlah..prepare modul..discussion etc..etc..so then around 1 o'clock kot baru kami pulang...




    25 April 2009

    Pisang Goreng Panassss!!!..


    Bayangkan..mase tu waktu tu tgh hujan..biasenye waktu2 petang gitu arr...langit pun nampak gelap je..nampak mendung..gelap2-terang gitu...pastu angin suam2-sejuk meniup melalui segenap tingkap yg ade..pastu bayangkan lak time tu kite tgh duduk dekat ruang tamu rumah..lampu pun tak pasang..gelap je suasana...tambah lak tgh tgk tv...sambil tu kita lak pekene pisang goreng ditambah lak dgn air milo/nescafe/etc/etc panas...wow!!!..nikmatnye klu dpt merase...(^_^)..


    cite pasal pisang goreng ni..mmg sinonim la dikalangan kite nih..biasenye pisang goreng ni beli waktu2 petang..kdg tu time panas2 kan...yg aku gambarkan td tu bile time hujan petang2 tu...huhu..so..biasenye..pisang goreng ni slalu dijual kat tepi2 jalan..kdg tu adela jual bende2 lain gak..cekodok..ubi goreng..ubi keledek..mcm2...and then antara jenis pisang yg didapati org buat pisang goreng..pisang tanduk..pisang nipah..pisang mas..dan lain2 yg aku tak brape sure..asalkan ia pisang lah...hehehe..(^_^)...

    tapi..skrg ni...ade 'add-ons' lak..- pencecah kicap..(x sure exact namenye..tp..pencecah tu made up of kicap la...)...dan ramuan pencecah tu biasenye ade lada skali arr..x byk pun..so akan rase pedas2 sikit...tapi..kdg tu tak semua tempat ade...apepun..pisang goreng seringgit!...nyum..nyum..hehe..(^_^)..

    Tazkiyatun Nafs

    Lazimnya umat Islam mampu untuk melakukan penyucian jasmani setiap hari namun gagal untuk menyucikan rohaniah dan jiwa mereka dalam satu jangka tempoh yang agak lama. Sebagai seorang Mukmin, pembersihan jiwa adalah penting dalam kehidupan seharian kerana kita selaku hamba-Nya yang lemah acapkali melakukan kesilapan dan maksiat sama ada dalam sedar atau tidak disengajakan.
    Melalui pembersihan jiwa ini, kita dapat menginsafi segala kesilapan yang telah dilakukan, berazam utk menjadi seorang mukmin yang lebih baik dan seterusnya mengamalkan ‘amal makruf wa nahi mungkar’.

    “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih, bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Asy-Syams 91:9)


    Imam Ghazali telah menyenaraikan 4 bahagian yang menjadi asas kepada akhlak yang mulia. Dengan tertegaknya keempat-empat bahagian ini, InsyaAllah akhlakMahmudah yang lain turut sama tertegak di dalam diri individu Muslim tersebut:
    1) Bijaksana - iaitu bagi seorang hamba Allah adalah puncak dalam membezakan perkara yang baik dan buruk.
    2) Berani - iaitu bilamana seseorang dapat menahan diri dari terus melakukan sesuatu yang buruk
    3) Adil - iaitu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan apa jua kemahuan syahwat yang ada didalam diri.
    4) Tazkiyatun nafs - menahan kemahuan syahwat dengan mendidik supaya tunduk dengan petunjuk akal dan petunjuk wahyu.

    Bagaimanakah cara untuk membersihkan jiwa?

    1) Jihad dengan tadribat (latihan)

    Dalam setiap latihan, sertakan dengan jihad dan kesungguhan. Antara cara yang boleh dilakukan sebagai permulaan adalah dengan memaksa diri untuk berubah. Namun harus diingatkan disini, proses perubahan ini perlu diniatkan hanya kerana Allah dan bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri. Riya’, ‘ujub dan takabbur perlu dijauhi sepenuhnya kerana amalan yang dibayangi dengan unsur-unsur ini akan terbatal.

    2) Menempuh jalan yang berlainan dengan kehendak nafsu dan jiwa

    Ini merupakan antara jihad terbesar bagi seseorang mukmin itu iaitu jihad melawan nafsu. Manusia telah dikurniakan akal dan nafsu dalam menjalani kehidupan. Seringkali akal tunduk kepada tuntutan nafsu kerana kurangnya iman dan amal. Menurut Imam Ghazali dalam kitab Al-Ihya’Ulumuddin, hati nurani disebut sebagai nafsu. Ini kerana jiwa manusia yang bersifat dengan pelbagai sifat yang berbeza sesuai dengan perubahan keadaannya. 3 kategori nafsu manusia adalah;


    a) Nafsu Mutmainnah -tiada rasa untuk membuat perkara mungkar dan terpelihara dari penyakit-penyakit hati.
    b) Nafsu Lawwamah - punya pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji
    c) Nafsu Amarah - nafsu yang berkehendak dlm melakukan perbuatan yang keji.


    Oleh itu,mengikut jalan yang berlainan dengan tuntutan nafsu ini bermaksud melawan tuntutan nafsu amarah yang sering mengajak manusia ke arah kejahatan.

    3) Jihad dan Pengorbanan
    Jihad seringkali dikaitkan dengan pengorbanan iaitu umpama dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Pengorbanan disini lebih dititik beratkan kepada mengorbankan kesenangan dan keseronokkan ‘dunia’ dalam meraih kesejahteraan abadi di akhirat.

    4) Yakin dengan pertolongan Allah

    Setiap mukmin perlu meyakini bahawa janji Allah adalah benar. Justeru itu, kita perlulah yakin dengan pertolongan Allah. bermunajatlah kepada-Nya dengan penuh azam dan harapan yang seterusnya diiringi dengan usaha dan tawakkal. Banyakkan membaca Al-Quran kerana hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.

    5) Dampingi orang yang soleh
    Dengan mendampingi insan-insan seperti ini, kita akan lebih mudah menerima sebarang teguran yang mampu membina sahsiah yang tinggi. Kita juga dapat menimba ilmu agama dari pelbagai aspek selain dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna dengan berkat tunjuk ajar daripada mereka

    6) Menghadiri majlis-majlis ilmu
    Tidak dapat dinafikan lagi,dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, kita dapat membersihkan jiwa kerana di dalamnya terdapat tazkirah dan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan seseorang muslim. Selain itu, telah dijanjikan kepada mereka oleh Allah dengan pelbagai balasan yang baik.

    Kesimpulannya, diharapkan kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Jika kita boleh mandi setiap hari kenapa tidak kita cuba menyucikan hati yang merupakan anggota yang begitu penting sekali dalam menentukan ’stage’ amalan kita. Sama-samalah kita berdoa agar hati kita sentiasa terbuka untuk menerima hidayah-Nya. Amin.

    Wallahua’lam [http://ltd.ppimi.org/?p=43]

    24 April 2009

    Di Pondok Kecil

    ..this song reminds me of a special someone..to whom we should really be thankful of his contributions, his effort, kasih sayangnya..segala apa yang dia telah berikan kpd kita..syukur alhamdulillah...walaupun kadangkala diri ini tidak mendengar kata2nya..melawan kata2nya..seringkali tidak setuju dgn pandangannya...terimalah dia seadanya...kerana dialah seorang ayah..



    ~Di pondok kecil~

    ~Di pantai ombak~

    ~Berbuih putih~

    ~Beralun-alun~


    Saya sayang ayah...

    23 April 2009

    Cry Me A River

    ...i'm really not sure what cry me a river means...but heck..it sounded 'cool' to me though...

    ..naaah..heard it from this one song...sing by justin timberlake...-....ever heard of it??...

    ..maybe...or maybe not...


    ~Now you say you're lonely~
    ~You cry the whole night through~

    ~Well you can cry me a river~
    ~Cry me a river, I cried a river over you~

    ~Now you say you're sorry~
    ~For being so untrue~
    ~Well you can cry me a river~
    ~Cry me a river, I cried a river over you~

    By Ella Fitzgerald

    ..*^%..SerAbut!!..&%$#..

    ..tgh sibuk2 buat assignment..

    ...tibe2 terpikir lak nak wat bende ni...

    ..klu nak tau betape serabutnye desktop kat laptop aku nih...

    ..haaa..amik.!!...mcm2 file ade...


    ...mesti org akan tanye...

    .."ko tak pening ke tgk desktop ko camtu??."..

    ...nak wat camne...bile dah susun2...tak lame kemudian..jadi camtu balik..

    ..haih...

    22 April 2009

    Indahnya Di Puncak Lui

    Pagi nan hening..angin pagi yang bertiup menggerakkan kami utk bangkit berqiam....jika di kampus, jarang sekali kite dpt bangun utk berqiam..alangkah indahnya jika kite mengetahui sebenar2 hikmah di sebalik solat sunat malam itu..

    Firman Allah, di dalam surah Al-Muzammil: "Wahai orang yang berselimut! Bangunlah (mendirikan solat) di malam hari kecuali sedikit waktu darinya. Iaitu separuh malam atau kurangkan sedikit darinya." Ayat 1 hingga 3. Sungguh, ia bagaikan satu seruan pada semua orang2 yang beriman utk berqiam sambil merenungi keindahan ciptaanNya. barangkali, nikmat itu tidak akan kite kecapi, melainkan diri kite sendiri yang ada punya usaha utk bangun.. sambil berzikir dengan menyebut Allhuakbar.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. insyaallah kite akan perolehi ketenangan di hati... Firman Allah lagi dlm surah yg sama..ayat ke-9: "Dialah Tuhan Timur dan Barat, tiada Tuhan melainkan Dia. Oleh itu, ambillah Allah sebagai pelindung."


    2 hari di puncak Lui...meninggalkan satu kenangan yang indah... adanya gelak tawa..suasana yang gembira...usik sane..usik sini..mcm2...pun begitu..alhamdulillah...kite same2 dapat laksanakannya... mukhayyam merupakan satu program tahunan..klu sblm ni bergabung dengan rakan2 dari melaka...tapi..pd tahun ni..kami buat secara standalone...atau secara sendiri...dari segi modul, aktiviti, planning semuanya kami yg sediakan... ia juga merupakan satu penyampaian bagaimanana melatih bakal2 anak usrah utk menjadi pemimpin pd masa akan dtg...more or like leadership camp la... apepun..ucapan tahniah kepada semua yang terlibat..(^_^)...


    21 April 2009

    Entah


    ~ Entah ~
    ... masihkah ada... cinta dihatiku...
    ... untuk mu?...

    ~ Entah ~
    ... kapan kah ku dapat... membuka hati ini...
    ... untuk mu?...




    15 April 2009

    Broken Heart


    ~ broken hearted ~

    ...empty...

    ...empty...

    ...empty...


    13 April 2009

    Desa IT 2009 Sarawak [#3]: On The Way

    So..from MMU we depart..we reached LCCT around 2.30 am..and our flight is around 7 in the morning...because there were many of us..so..we were divided into 2 flights...i was in the first flight..which is 7.10 am..and the other around 8 am...so..while waiting..dari kul 2 pagi tu..sampai kul 5...kami ke hulu-hilir la sekitar LCCT tu..last2...aku gi mkn KFC..sbb rase lapar sgt...


    so..there i am..kali terakhir aku naik kapal terbang..adela kot tahun 2003 gitu la...so..dlm kapal terbang tu..bile dah naik je atas udara...terus tido!...huhu..mane taknye...sblm tu mmg tak tido...mmg ngantuk arr..anyway..our flight reached Kuching International Airport around 9 am...kami pi amik beg..dan tunggu la kat lobi airport tu sementara menunggu flight lagi satu...



    bile semua dah ade...kami naik bas USM..[..later aku cite la camne dpt USM tu..]...dari airport tu..bas bwk ke Kg. Muara Tebas..which is located just outside Kuching...agak jauh gak arr..when we reach there..kami turunkan beg dan brg2...then berkumpul kat dewan..kirenye kat kampung tu..dewan org ramai la...so then we had lunch..solat..and then we had a short ceremony...majlis pemberian anak angkat kpd keluarga angkat gitu la...lepas dah berjumpa dgn keluarga angkat masing2...kami pun bergerak pulang ke rumah keluarga masing...

    09 April 2009

    Pancit Laa Pulak!

    Haaa...aku ade satu cite yg aku nak share..ntahla..rase tibe2 nak cite lak mende ni...hehehe..citenye begini...

    Pada satu malam..

    Actually, bendenye berlaku malam td...citenye camni...petang semalam..lepas kelas AMA..aku run balik ke rumah jap kat kajang...tgk langit nuuu di jauh sane dah gelap..dlm hati aku berharap sgt tak hujan tgh jalan nti...and then alhamdulillah selamat sampai umah..pastu dlm lepas maghrib..aku shoot balik bawak motor aku tu ke cyber...singgah taman warisan..makan2 ngan budak2 desa IT tu...

    Time tu adela dlm pukul 10.30 agaknye kitorang abis...pastu mase on the way balik tu...

    tibe2...

    "Alamak..pancit la pulak...aduhai..not again"..aku kate dlm hati..motor Kriss aku tu mmg tayar belakang tu bermasalah...sikit2 pancit..sikit2 pancit..mmg...the last thing you would hope for..if anything could happen is tayar belakang tu pancit...tension aku..dah byk kali camtu...sbb tu kdg2 aku rase takut gak nak bawak motor tu jauh2...walaupun dari kajang ke cyber...

    Anyhows..mase tayar tu pancit...dah dekat2 ngan jambatan 'putih' kat putrajaya tu...aku pun tak tau ape name jambatan tu..tp..aku rase that's the only jambatan yg ade kat putrajaya tu..yg disinari lampu putih arr..ala..jambatan tu dekat2 ngan PICC je...nasib baik aku bawak pam kaki..yg warne biru tu..cube2 pam..takleh gak..angin tak masuk...aduh..aku pikir..aku pikir..aku cube tenangkan diri...telefon rumet aku...

    "Wan, tayar motor aku pancit arr..ko ade contact mane2 tak yg leh dtg gantikan tiub ni???..."..setelah bincang2 ngan die...tunggu die cari2 nombor...terigt kat hostel..kat tempat parking motor tu ade no. org 'tulis' kat divider tu...so..die turun bawah..msg aku no. tu...dpt msg aku call...

    "Hello, name sy nizam..motor sy pancit kat putrajaya..abg leh dtg tlg gantikan tiub tak??..."..setelah bincang2 ngan abg tu...die setuju nak dtg...so..aku tunggu la kat jambatan tu sorang2 sementara menunggu die dtg...

    seram gakla sorang2 kat situ bile takde kete lalu...tak nakla kate pikir bukan2 kan...tp..tawakal jela ape yg nak terjadi nti...so..selang beberape minit kemudian..abg tu pun dtg...what is interesting pasal abg tu..loghat kelantan die!!..pekat sungguh...huhu..dlm hati aku 'alamak..menyesal aku tak blaja kacek klate betul2..klu tak leh speaking ngan abg ni'...hahaha..(^_^)...mmg klu dgr abg tu ckp..telo kelantan tu mmg jelas..huhu...

    so..sedang die nak tukar tiub tu..aku cubala borak2 sikit ngan die..tanye keje mane..katenye die buat ni part time..one thing yg aku rase..mmg rezeki aku jugakla bile die ade kate..."ni tadi ada gak ore telefon..tapi rase malas nak angkat..tp tibe2 rase tergerak hati lak nak angkat panggilan kamu..."...bile aku dpt tangkap die kate camtu..aku tersenyum...'syukur alhamdulillah..rezeki..klu tak..tak tau la ape nak jadi mlm tu..mau 2 3 pagi baru balik..'..lebih kurang camtu la..huhu(^_^)..

    lepas die selesai sumer..aku bayar..dan balik menuju ke cyber...huhu...lebih kurang camtula citenye...huhu...and so..pengajarannye ialah:
    1. tukar tayar motor ke tayar 'tube-less'
    2. always bawak pam ke mana2..
    3. dan yg paling penting...BLAJA LOGHAT KELATE!!..

    - THE END -
    ...(^_^)...

    06 April 2009

    Desa IT 2009 Sarawak [#2]: Preparation

    For the record, this is my 2nd edition of joining the program..the first one was way back in 2007..mase tu join yg Desa IT Penang..dekat semenanjung je..tapi..kali ni..kite ke salah satu negeri yg terletak di seberang laut sane..iaitu di timur Malaysia – Sarawak…hehehe…for the record la…ni kirenye kali ke-2 kot aku jejak kaki ke sarawak nih…first time was in 2003 I think…mase tu nak pi ke Brunei..nak melawat umah mak cik aku..tp..kami tak amik flight ke Bandar Seri Begawan..tp ke Miri..so..dari Miri tu..mak cik ngan pak cik aku dtg jemput arr…jauh tu..

    The night of departure..

    So..bagi sape2 yg tau tu..taulah program yg aku join ni program ape..in brief..program ni kirenye program anak angkat la..dan buat aktiviti bersama org kampong..seronok tu..dapat belajar mcm2 bende…huhu…anyways, to cut things short..let me share you the journey that I have went through…(^_&)…

    Few days before, we spend our time on finishing the preparation…kemas barang..beli barang..tagging barang..mcm2 barangla…so..nothing much la..basically, abiskan keje2 yg patutla..
    Related Posts with Thumbnails