Pages

    31 December 2008

    2008: The Year In Review [Part 1]

    Today mark our last day for the year. 2008 have yet been so far the year of many, in which the up-and-downs of the country's political scenario, sports, tragedies, economy, baik yang berlaku dalam negara mahupun luar. Tahun ini merupakan tahun yang, for some, amat bermakna. Mungkin terlalu banyak yang telah berlaku, tapi, due to a bit of my research, I managed to find out the occurences of events throughout the year. Although not all, buat, I think these events are the ones that have caught the eyes of many.

    Pentas dunia sepanjang 2008 pastinya akan dikenang sebagai satu perjalanan masa yang sarat dengan pelbagai peristiwa dan sebahagian besar daripadanya bakal terpahat dan kekal dalam lipatan sejarah tamadun manusia.

    Di sebalik pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tahun ini, perhatian seluruh dunia bagaimanapun lebih tertumpu kepada perjalanan seorang warga Afrika-Amerika, Barack Obama dalam percubaan mencipta sejarah sebagai warga kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).

    Obama yang pada awal kemunculannya sering dikaitkan dengan tokoh kulit hitam seperti Martin Luther King dan Malcom X yang terkandas dalam percubaan merentasi tembok perkauman di negara berusia 232 tahun itu, membuktikan sebaliknya apabila secara rasmi bakal bergelar Presiden AS yang baru bermula 20 Januari ini.

    Pemilihan Obama disambut dengan penuh harapan oleh masyarakat seluruh dunia untuk melihat satu pembaharuan dan perubahan terutamanya berhubung dasar luar AS yang tidak mesra di bawah pentadbiran George W. Bush.

    Ironinya, Bush menjelang hari-hari terakhir sebagai Presiden AS juga mendapat perhatian luar biasa rentetan peristiwa beliau dibaling kasut sewaktu berucap dalam lawatan perpisahan di Iraq, yang turut diraikan seluruh dunia.

    Ketika pentas politik di kebanyakan negara lebih diwarnai oleh konflik yang berlanjutan dari tahun-tahun sebelumnya, rantau Afrika bagaimanapun mencuri perhatian antarabangsa dengan beberapa permasalahan dalaman yang mencetus implikasi kemanusiaan yang buruk.

    Kemelut di rantau Afrika sepanjang 2008 berkisar kepada tiga isu utama iaitu konflik kemanusiaan yang semakin meruncing di Congo, permasalahan lanun di Teluk Aden, Somalia dan konflik politik yang tidak berkesudahan di Zimbabwe.

    Krisis kemanusiaan di Congo yang dibimbangi akan mewujudkan Darfur kedua, kembali memuncak selepas kumpulan pemberontak yang diketuai oleh Jeneral Laurent Nkunda melakukan aksi keganasan menentang kerajaan.

    Krisis tambah rumit apabila turut melibatkan kepentingan beberapa buah negara bersempadan termasuk Rwanda, Uganda dan Burundi yang cuba menguasai kekayaan Congo.

    Bagaimanapun koflik yang paling dibimbangi boleh mendorong kepada krisis kemanusiaan paling buruk ialah pergeseran etnik antara kaum Hutu dan Tutsi yang masih membara rentetan peristiwa pembersihan etnik yang berlaku di Rwanda pada 1994.

    Selain krisis Congo, kemelut politik dan perebutan kuasa di Zimbabwe juga secara tidak langsung menjejaskan kestabilan dan keamanan di rantau berkenaan.

    Morgan Tsvangirai says there is a crisis in Zimbabwe and this crisis has been very evident over the last eight years.

    Keenganan Presiden Robert Mugabe menyerahkan kekuasaan kepada Morgan Tsvangirai selepas tewas dalam pilihan raya umum pada Mac, meruntuhkan kerajaan Zimbabwe. Kegagalan kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas pilihan raya itu juga mengheret negara berkenaan ke kancah kegawatan ekonomi terburuk dengan kadar inflasi tertinggi di dunia iaitu sehingga 200 juta peratus. Negara di selatan Afrika itu sekali lagi diuji dengan krisis penyakit apabila berdepan dengan wabak kolera yang sehingga kini membunuh sehingga 1,000 nyawa.

    Peristiwa rampasan kapal yang semakin berleluasa di Teluk Aden, Somalia pula menambah kepada permasalahan di Afrika apabila secara tidak langsung membuka ruang kepada campur tangan kuasa asing di negara yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam itu.

    Bagaimanapun, tindakan seperti yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dilihat penyelesaian terakhir selepas kira-kira 65 buah kapal perdagangan dirampas dengan kerugian akibat pembayaran wang tebusan melebihi RM100 juta.

    Pergeseran

    Konflik di Asia Barat pula kekal menjadi isu tanpa penyelesaian meskipun 2008 menyaksikan beberapa usaha perdamaian dirintis oleh pelbagai pihak termasuk Mesir dan Liga Arab.

    Bagaimanapun, krisis yang berlanjutan antara Palestin dan Israel sejak 60 tahun serta pergeseran antara Hamas dan Fatah sehingga kini tidak membawa sebarang harapan yang baru.

    Hamas dan Fatah masih lagi gagal mencari titik persefahaman bagi membolehkan sebuah kerajaan perpaduan dibentuk di Palestin selepas pilihan raya 2006 yang dimenangi oleh Hamas, dinafikan kerana tidak mendapat sokongan AS dan Israel.

    Usaha membentuk Kerajaan Perpaduan Palestin antara Fatah dan Hamas pula dilihat sangat sukar apabila kedua-dua pihak berbeza pendirian terutamanya berhubung kedudukan Israel dan kepentingan Palestin.

    Perbezaan itu jugalah yang menyukarkan usaha perdamaian yang sebelum ini sudah beberapa kali dicapai antaranya menerusi perjanjian Makah 2007, dokumen persetujuan kebangsaan Palestin dan persidangan San'a di Yemen.

    Perdamaian antara Hamas dan Fatah itu dicari sebelum Palestin mengadakan pilihan raya legislatif pada Januari ini selepas berakhirnya mandat Presiden, Mahmoud Abbas.

    Di sebalik ketidakpastian sebuah kerajaan di Palestin, Israel pula berganti Perdana Menteri apabila Tzipi Livni memenangi pemilihan dalam Parti Kadima, bagi mencari pengganti Ehud Olmert yang meletakkan jawatan kerana tuduhan terbabit dengan rasuah dan pecah amanah.

    Bagaimanapun nasib Palestin di tangan Perdana Menteri wanita kedua selepas Golda Meir itu diramal tidak menjanjikan sesuatu yang positif, kerana Livni juga dilihat akan meneruskan legasi kepimpinan Perdana Menteri Israel terdahulu dalam menekan rakyat Palestin.

    Iran pula kekal memberi ancaman terhadap Israel termasuk dalam ketegangan yang mencetuskan kebimbangan terhadap peperangan, seperti yang digambarkan oleh Menteri Pengangkutan Israel, Shaul Mofaz, pertengahan tahun ini.

    Bagaimanapun ancaman itu disambut oleh Iran dengan jaminan untuk memulangkan sesuatu yang sangat menyakitkan jika negara Yahudi itu melancarkan serangan, sekali gus meningkatkan kebimbangan AS khususnya terhadap kemampuan teknologi nuklear yang dimiliki oleh Teheran.

    Bagaimanapun, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang terkenal dengan pendirian keras dan lantang terutama dalam mempertahankan aktiviti nuklear Iran berdepan dengan sokongan yang berbelah bahagi di dalam negara lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya Presiden tahun depan.

    Di sebelah Asia Timur pula, hubungan diplomatik Korea Utara dan Korea Selatan yang masih berstatus perang sejak Perang Korea 1951-1953, kembali meruncing sehingga mencetus kepada kebimbangan perang ekoran usaha konfrontasi kumpulan tertentu di wilayah bersempadan di bahagian selatan.

    Provokasi Pyonyang sehingga sanggup menghancurkan Seoul menjadi negara yang berkeping-keping dalam menangani konfrontasi itu meskipun bukanlah sesuatu yang baru, namun tetap meletakkan pasukan ketenteraan kedua-dua buah negara dalam keadaan bersiap siaga.

    Isu pengembangan aktiviti nuklear dan kebencian terhadap dinasti komunis Korea Utara menjadi sentimen utama dalam ketegangan itu, namun ramai penganalisis menilai, reaksi keras Pyonyang lebih kerana tertekan dengan masalah kesihatan pemimpin Kim Jong-Il.

    Status kesihatan Kim Jong-II yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini menimbulkan persoalan mengenai dasar dan hala tuju Pyongyang pada masa depan, sekali gus memberi tekanan kepada kerajaan Korea Utara.

    Konflik di Ossetia Selatan yang secara tiba-tiba meletus pula mencuri perhatian antarabangsa yang selama ini tidak lagi diingatkan bahawa pernah wujud ketegangan di wilayah bersempadan antara Georgia dan Russia itu.

    Georgia dalam mewajarkan serangan itu mengaitkannya dengan sejarah konflik yang tercetus sejak 1989 apabila wilayah berkenaan secara rasmi mengisytiharkan sebagai sebuah republik autonomi ketika masih lagi merupakan sebahagian daripada Kesatuan Soviet.

    Bagaimanapun dalam peperangan terbaru di Ossetia Selatan itu, kebanyakan penganalisis berpendapat ia lebih kepada peranan AS dan NATO untuk memperluaskan kuasa di wilayah tersebut menerusi Georgia yang sememangnya merupakan sekutu rapat AS.

    Hakikatnya, percubaan itu terpaksa dibayar dengan harga diri dan maruah yang tinggi oleh AS apabila Russia berjaya mengusir Georgia, sekali gus memberikan isyarat kepada dunia mengenai kebangkitan negara itu sebagai kuasa besar yang mampu membayangi AS.

    Kemelut

    Rantau ASEAN sepanjang tahun ini pula lebih tertumpu kepada kemelut politik dalaman di Thailand yang berganti tiga Perdana Menteri dalam tempoh hanya empat bulan, dalam pencarian pengganti Thaksin Shinawatra yang digulingkan menerusi rampasan kuasa pada 2006.

    Samak Sundaravej, Somchai Wongsawat dan terbaru Abishit Vejjajiva, saling berganti tampuk pemerintahan negara dalam upaya mencari titik kestabilan politik dan keamanan selepas Bangkok dilumpuhkan dalam aksi protes besar-besaran oleh kumpulan Perikatan Rakyat Bagi Demokrasi (PAD).

    Ketidakstabilan politik Thailand mengalih perhatian kerajaan terhadap isu pergolakan di wilayah selatan Thailand, yang terus menyaksikan serangan berdarah terutamanya di Yala, Pattani dan Narathiwat.

    Selain kemelut politik dalaman, Thailand sepanjang 2008 turut diuji dalam hubungan diplomatiknya dengan Kemboja, berhubung isu perebutan kuil Preah Vihear yang menyaksikan pertempuran di kalangan pasukan keselamatan kedua-dua buah negara.

    Perebutan kuil yang berusia 900 tahun yang turut menjejas citra ASEAN itu memaksa beberapa negara termasuk Malaysia menawarkan diri sebagai pengantara namun ditolak oleh Thailand yang yakin isu itu boleh diselesaikan secara bilateral.

    Selain daripada percaturan kuasa dan politik, dunia 2008 juga tidak sunyi daripada beberapa peristiwa letupan bom dan serangan pengganas yang kebanyakannya dikaitkan dengan kumpulan pejuang Islam.

    Al-Qaeda, Taliban, Lashkar e-Taiba, Deccan Mujahiddin, Jemaah Islamiah (JI) dan beberapa kumpulan pejuang Islam lain kekal dalam senarai pengganas paling dikehendaki oleh kuasa Barat terutamanya AS ekoran beberapa siri serangan yang dilancarkan sepanjang tahun 2008.

    Iraq, Pakistan dan India pula menjadi antara negara yang paling kerap digegarkan dengan letupan bom, manakala wilayah selatan Thailand dan Filipina juga tidak terkecuali berada dalam kawalan keselamatan yang tinggi.

    Antara tragedi keganasan yang mengejutkan dunia ialah serangan di Mumbai, India yang membunuh kira-kira 200 nyawa yang disasarkan di 10 kawasan strategik serta mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat dan Yahudi di bandar raya ini termasuk di hotel Taj Mahal.

    Turut menarik perhatian dunia ialah serangan bom di Hotel Marriot di Islamabad, yang membunuh 60 orang, iaitu selepas beberapa jam Presiden baru Pakistan, Asif Ali Zardari berucap buat pertama kalinya di Parlimen.

    Dunia sepanjang 2008 juga bakal dikenang sebagai tahun yang penuh dengan bencana alam apabila tiada satu pun tragedi yang memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan alam terlepas daripada catatan.

    Ribut salji, kemarau, banjir besar, taufan, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami silih berganti memenuhi diari sepanjang tahun ini dengan angka korban mencecah kira-kira 230,000 orang dan meninggalkan 130 juta yang lain dalam keadaan menderita.

    China menjadi negara yang paling buruk dilanda bencana alam sepanjang tahun lalu apabila dilanda ribut salji seawal minggu ketiga Januari, gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang mengorbankan 67,000 penduduk pada bulan Mei dan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun negara itu sebulan kemudiannya.

    Sepanjang 2008 juga, nama-nama seperti Gustav, Hanna, Ike, Fay, Fengshen, Nargis dan Hagupit menjadi mimpi ngeri kepada sebahagian besar daripada penduduk di kebanyakan negara.

    Gelaran yang diberikan kepada bencana alam taufan yang sangat dahsyat itu membadai beberapa buah negara, paling banyak di AS, meninggalkan kesan kemusnahan yang sangat menyayat hati selain membunuh ratusan ribu nyawa.

    Daripada sejumlah taufan itu juga, Nargis bakal diingati sebagai yang paling ganas apabila mengorbankan kira-kira 85,000 nyawa, manakala 53,000 lagi hilang apabila merempuh Delta Irrawaddy dan bandar Yangon di Myanmar.

    Dengan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 2008 yang sebahagian besarnya dikenang sebagai tragedi hitam, tiada yang lebih diharapkan oleh masyarakat dunia melainkan sebuah dunia yang lebih baik sepanjang 2009.

    30 December 2008

    Awal Muharram 1430Hijrah

    Hijrah: Persiapan Diri Menuju Alaf Baru

    Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan.

    Ini juga bermakna bahawa strategi dakwah yang teliti, penuh hikmah dan berhati-hati serta berasaskan perancangan yang rapi yang diterajui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika itu, telah berjaya memastikan Islam terus berkembang ke seluruh pelosok dunia sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya persiapan rapi yang disempurnakan sebelum melancarkan slogan hijrah agung itu merupakan tindakan perdana yang penuh berwawasan, efisien dan berpandangan jauh.

    Setelah 1420 tahun lamanya peristiwa hijrah hakiki berlalu, kini umat Islam hidup di dalam pelbagai cubaan dan dugaan yang amat mencabar. Lebih-lebih lagi di saat dunia sedang menghadapi ledakan kemajuan yang tidak berhenti-henti. Paling mencabar, dakwah Islamiah hari ini memasuki era siber serta memerlukan kepakaran di dalam bidang sains komputer dan multimedia yang tinggi. Dunia tanpa sempadan, konsep langit terbuka, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik, munculnya penyakit-penyakit yang kronik, budaya-budaya Barat yang semakin banyak didedahkan kepada masyarakat dunia, penerokaan pelbagai jenis disiplin ilmu dan sebagainya, merupakan sebahagian daripada cabaran yang mesti disahut oleh umat Islam hari ini.

    Umat Islam yang mengambil sikap tunggu dan lihat akan tertinggal jauh di belakang. Akhirnya mereka akan menjadi pengkagum kehebatan yang dicapai oleh orang lain. Dalam masa yang sama jika umat Islam ingin turut sama mengejar kehebatan tersebut, maka mereka perlulah mempersiapkan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mestilah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja yang banyak demi kemajuan hidup mereka sendiri. Namun begitu, persoalannya berapa keratkah di kalangan kita yang sanggup berusaha bermati-matian untuk tujuan tersebut? Sebaliknya masih ramai lagi yang hanya duduk menghabiskan masa tanpa berusaha menuntut ilmu pada tahap yang sewajarnya.

    Jika direnung betapa hebatnya persiapan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. bersedia sebelum menjayakan hijrah dari Mekah ke Madinah suatu masa dahulu, maka sudah tentu kita akan menitiskan air mata mengenangkan hebatnya pengorbanan yang telah dilakukan. Kita bersyukur kerana hasil titik peluh, darah dan air mata merekalah, maka kita berpeluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam pada hari ini.

    Barangkali tidak pernah terdetik di lubuk hati para sahabat r.a. ketika itu bahawa seruan dakwah yang mereka usahakan di celah-celah kezaliman kuffar Quraisy di tengah padang pasir dahulu kala, kini menjadi bahan perbincangan hebat antara ulama’ dengan penduduk dunia melalui internet. Bersama kecanggihan ini juga ayat-ayat al-Quran yang mereka hafaz di dalam dada dan menjadi amalan hidup dahulu, kini banyak yang hanya menjadi hiasan di dinding rumah-rumah umat Islam. Masjid yang menjadi tempat penyebaran ilmu dan bersyura dahulu, kini hanya menjadi bahan kebanggaan dan kemegahan binaan dan ukiran indah tetapi sepi daripada jemaah yang keluar masuk untuk beribadat dan beri’tikaf di dalamnya. Kalau dahulu penyebaran dakwah bergelumang dengan cacian kuffar, penindasan, maksiat, berhala dan botol-botol arak di seluruh kota Mekah, tetapi kini dakwah yang berlangsung melalui kaca televisyen, radio dan internet bergelumang pula dengan siaran-siaran hiburan yang melampau dan halaman-halaman web yang tidak senonoh, jahat serta kotor.

    Sesungguhnya persiapan utama yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat r.a. sebelum bermulanya misi hijrah ialah memberi kekuatan rohani dan jasmani. Perkara asas yang ditekankan oleh baginda ialah persoalan akidah. Akidah yang mantap dan keyakinan yang jitu terutama terhadap ganjaran selepas mati menjadi pendorong kuat kepada kejayaan hijrah agung itu. Di samping kekuatan rohani yang utuh maka keteguhan ekonomi, kekuatan ketenteraan, ketinggian disiplin, kesempurnaan fizikal atau jasmani juga amat ditekankan oleh baginda sebelum berhijrah.

    Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak pernah mengabaikan pra syarat utamanya iaitu pegangan akidah, iman dan akhlak yang tinggi pada diri para sahabat r.a. Ini kerana tanpa syarat utama tersebut, maka semua kekuatan lain tidak berguna untuk menghadapi cabaran dan ujian yang amat hebat.

    Lihatlah sendiri betapa kuatnya iman Abu Bakar as-Siddiq r.a. yang terkenal sebagai seorang hartawan dan dermawan. Begitu juga dengan iman Saidina Umar al-Khattab r.a. yang terkenal dengan keberaniannya menghunus pedang dan mematahkan kelancangan musuh. Demikian juga dengan para sahabat baginda yang lain yang nama-nama mereka disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi kumpulan terawal diterima masuk sebagai tetamu syurga.

    Tanpa kekuatan iman nescaya ilmu yang banyak akan membawa seseorang itu menjadi angkuh dan kufur. Begitulah juga orang yang berharta akan menjadi bakhil dan tamak haloba manakala orang yang kuat perkasa pula menuntut upah yang banyak sebelum turun ke medan jihad dan sebagainya. Kelemahan iman juga akan menjerumuskan mereka kepada cintakan dunia, takutkan mati, suka menabur fitnah, berbangga-bangga dan suka mengampu demi mendapat habuan dunia yang fana ini.

    Sesungguhnya peristiwa hijrah yang dicatatkan sebagai proses terpenting dalam pembentukan sesebuah negara Islam pertama di Madinah, tidak dicapai dengan cakap-cakap mulut sahaja. Ia bukan hanya slogan retorik semata-mata. Ia juga bukan hasil daripada pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, penipuan, taktik kotor, menindas sesuatu kumpulan atau kekerasan yang tidak berhati perut. Malah ia sebenarnya bertitik tolak berkat daripada kesabaran yang tinggi, keikhlasan yang lahir dari hati yang murni dan pengorbanan para pencinta keadilan yang terdiri daripada para sahabat r.a.

    Umat Islam hari ini wajib mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju ke alaf baru. Dunia tidak akan menunggu sesuatu umat untuk sama-sama mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak disuruh duduk menunggu sehingga dijemput kematian lalu kita keluar daripada alam ini tanpa melakukan apa-apa perubahan. Sebaliknya kita disuruh dan diwajibkan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan di dunia sehingga ajal tiba. Cuma satu, kita dilarang daripada mengejar dunia sampai melupakan akhirat.

    Golongan yang mundur biasanya sengaja mewujudkan halangan untuk cemerlang di dalam hidupnya. Manakala golongan yang maju sentiasa bersedia berhadapan dan mengatasi hambatan dan halangan-halangan seperti perasaan takut gagal untuk bersaing, sikap suka bertangguh, malas, banyak dalih dan banyak angan-angan. Golongan yang pesimis juga mempunyai banyak prasangka buruk terhadap sesuatu perkara, banyak cakap daripada bertindak, banyak helah dan suka menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

    Kebanyakan daripada umat Islam amat suka menumpukan kekurangan yang ada pada diri sehingga segala kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah pada setiap diri mereka menjadi terlalu halus dan tidak mampu kelihatan langsung. Akhirnya mereka menyenaraikan satu persatu kelemahan diri dan halangan demi halangan sehingga tidak berdaya melakukan apa-apa anjakan paradigma.

    Di samping itu, manusia seperti ini suka menyalahkan orang lain, masa dan keadaan persekitaran. Golongan ini seterusnya menjadi kelompok yang tidak percaya kepada diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka hidup tanpa perlu berusaha lebih daripada biasa. Sikapnya sentiasa berpada dengan apa yang ada dan kerap kali mengharapkan rezeki datang bergolek dengan hanya bertawakal tanpa usaha.

    Sudah sampai masanya umat Islam menghapuskan segala halangan untuk menang di dalam perlumbaan mencapai apa yang diusahakan. Mereka perlu tahu dengan jelas apakah keutamaan yang sebenarnya dan seterusnya bertindak melaksanakan prinsip-prinsip yang menyokong kemenangan dalam semua persaingan.

    Umat Islam kini wajib melakukan persiapan untuk berhijrah. Persiapan pertama adalah memperteguhkan iman menerusi ilmu dan amal soleh. Mempertingkatkan disiplin diri terhadap ketepatan masa, kejelasan matlamat dan segera bertindak adalah juga menjadi prinsip kejayaan yang utama. Dalam masa yang sama, umat Islam mesti bersedia menceburi semua bidang ilmu yang ada dan yang lebih mencabar. Dengan cara ini sahajalah, umat Islam akan mampu menguasai dunia ini tanpa dikongkong oleh orang lain. Jika tidak maka selama itulah umat Islam asyik merungut dan menyalahkan orang lain dan suasana. Sedangkan sebenarnya diri mereka sendirilah yang menyebabkan umat Islam di pandang hina dan diperlekehkan.

    Di dalam al-Quran, Allah Taala berulang kali menegaskan supaya orang yang berakal iaitu 'Ulul Albab' sentiasa peka dan mengambil iktibar daripada umat-umat terdahulu dan peristiwa sirah yang berlaku. Justeru sewajarnyalah kita mempelajari falsafah hijrah dan segala persiapannya sebagai persediaan untuk kita menghijrahkan diri menuju ke alaf baru.

    [http://www.islam.gov.my]

    11 December 2008

    Remembrance of Highland Towers Tragedy

    Hari ini genap 15 tahun tragedi pangsapuri Highland Towers yang terletak di Bukit Antarabangsa, tidak jauh dari kejadian tanah runtuh yang meragut 4 nyawa dan 14 houses were merely affected, damaged or destroyed.. dari apa yang aku baca, kejadian tu berlaku kira2 pukul 1.30 tgh hari, 11 disember 1993.. aku ingat lagi masa tu aku baru darjah 1 ke, darjah 2.. mase tu keluarga aku menetap kat melaka.. it all came like a sudden blink.. gambaran mase kejadian tu.. aku tgk kat tv.. sampai sekarang aku leh igt..



    Kenapa aku rasa nak tulis pasal isu ni.. bukanla ape.. umum mengetahui, kejadian yang hampir same berlaku tak jauh dari kawasan highland towers tu.. cuma kali ni kejadian tanah runtuh.. kalau tak silap aku.. 6 ariblan haritu.. dan berlaku kira2 pukul 4 pagi.. al-maklumlah, bila ada malapetaka, mulalah yang ni tuding jari kat pihak ni, yg ni kate yang itu, macam2.. isu yang hampir same dah banyak berlaku sblm ni.. dari satu sudut.. ada yg menyalahkan pihak berkuasa sbb meluluskan projek2 di lereng bukit.. ada yg kate pihak pemaju yg mengendalikan projek tu tak buat apa yang sepatutnya..

    ..kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa.. klu tak silap.. atas bukit tu je terletak highland towers..

    Sebelum tumbangnya pangsapuri blok 1 highland towers tu terjadi, hari2 sblm tu kebanyakannya hujan.. dan klu diikutkan.. that time of the year usually hujan turun secara menerus atau sekejap2 di sesetengah tempat.. adakalanya lebat.. tak siapa yang sangka.. hari sabtu yang merupakan hari kebanyakan org akan bekerja setengah hari (klu dulu setengah hari, skrg ni byk org dah cuti hari sabtu).. dan org pulang utk makan tgh hari bersama keluarga bertukar menjadi tragedi.. 48 nyawa terkorban.. tak lama kemudian tu.. hampir semua yg duduk di blok 2 dan 3 nekad untuk pindah keluar...it was reported that.. disebabkan faktor hujan itu.. ada aliran air bawah tanah pada blok 1 tu.. dan apabila air mengalir.. aliran air tu akan turun dari tanah tinggi ke bawah.. somehow air tu akan hasilkan 'lubang' atau 'hole' pada bahagian2 tanah.. (aku rase la..main bantai aje..(^_&)..)

    Pensive: Phang at the site of the two remaining blocks. He lost three members of his family during the Highlands Tower tragedy – his mother Cheng Kim Tai, his wife Ivy Lee and son Fergus. He says the sound of rain pouring down the hill still makes him sad. — AZMAN GHANI / The Star

    Today, the remaining 2 blocks still stands.. it was empty.. there were 'graffiti' on the walls.. dan byk tumbuhan tumbuh di sekitar..

    04 December 2008

    Kenapa Aku?



    Kenapa aku sering diuji?

    Firman Allah, maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman, ‘ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.” Surah Al-Ankabut: 2-3

    Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

    Firman Allah, maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah: 216

    Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

    Firman Allah, maksudnya: “ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah Al-Baqarah: 286

    Bagaimana kan kuhadapi ujian ini?

    Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran ,musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Ali Imran: 200

    Firman Allah lagi, maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” Surah Al-Baqarah: 45

    Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

    Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka…” Surah At-Taubah: 111

    30 November 2008

    29.11.08 – Ep. 3: Reality



    For the past few days, it had been raining inconsistently, I should say. Sometimes it rained in the morning, in the late afternoon or even during the night. There’s not much I can do. Well, much of it just staying indoors and minding our own ‘businesses’. It is quite ironic how we have so many businesses to deal with (just as a thought though).

    I felt a little discomfort in me. In a midst of all the experience we gained, the experience of being questioned, all these years means something to ourselves. But, I felt a bit nervous. Maybe it’s because I was prepared or maybe I don’t take things seriously. Imagine how we have to sit in a small room, us standing in front and the other actors were looking, with the director or producer sitting at the back with his or her hands making necessary remarks on the paper that they had with them. I’ve been through that before. Back then, that was how it all started. Déjà vu.

    I couldn’t sleep. I tried to keep my eyes closed. I do feel going to bed and have a nice, comfy, restless sleep. All of a sudden, when I look at the clock beside me, almost an hour had passed. Soon, the morning came. When I woke up, I could see little by little the sunlight began to brighten up the sky.

    It is a special day. We were all ‘summoned’ to convene to meet and gather at the hall. There were many familiar faces I had met before. Some of which I’ve known for long. Some of which I had seen somewhere before, but I couldn’t recall when and where. And for some, I haven’t seen for quite some time. Nevertheless, we got off quite well. There were blue, green, orange, a mix of variant colors, elegant, young and charismatic, eagerness and motivated. I should say that there were many inputs that we gained. And I kept thinking, and thinking, and thinking. What becomes of me if such things were to happen?

    I began to ask questions to myself, “what if?” Sooner or later, things will be either be good or bad, positive or negative, up or down. I would have predicted that these things would come some day. There is a saying, “to become successful, you must able to see the end of what you want to achieve.” It’s a silly thing to make the same mistakes twice. People make mistakes. We are God’s creation and none of us is perfect.

    Far away, I could see movements everywhere. To the left, and to the right. In the middle of it, I see red and white. As if the world had stopped. Why is it happening again? We are all different – uniqueness, gender, ability - but we are all the same as human beings. Maybe, that’s what made me think to ‘hold-on’. It is not as easy as you think though. But for how long it should be this way? The reality, can sometimes be painful, yet can also lead to happiness.

    25 November 2008

    24.11.08 - Ep. 2: Heartbreak

    "Where were you? Why didn't you go?"

    At a sudden moment, I looked. I felt that I really did something wrong, really bad. It's wonderful how you can interpret someone's face in telling how he or she felt about the matter. I felt a bit of a feeling of negativity towards me. I wanted to apologize, but I couldn't.


    Minute after minute. Hour after hour. Day after day. It's the same old episode. I tried to open a new chapter. Somehow, it affected me. I still couldn't give up. I looked around, it's still the same background, the same set. However, there are a few minor and major adjustments. I can still see the same actors - protagonist, antagonist, active, passive - all under one roof. I did wonder somehow, there are quite a few that I didn't see. Probably, they were at a different set. Nevermind them though.


    I ran. I ran as fast as I can. It's like in the movie Sepi where Tony Eusoff ran and ran, just to forget about the accident that happened to his wife. Only this time, I didn't ran like him, only just a few blocks away. Just enough to get my heart pumping and sweat. At a sudden, I felt my heart beating fast, It felt a bit hurt. I struggle a bit to breathe. But, I managed to control it. Slow and steady.

    "Why are you so quiet? Say something la.."

    Maybe it's because of what I am. I don't know. Maybe I don't like to talk much. Because I know that some people don't 'listen' to what I say. "Who do you think you are?" Ever heard of that? Ironically, it's not that I don't want to talk what I want to talk, but, to me, some secrets are meant to be secrets. Over the years, I had see many. The up and downs. Left and right. Front and back. I know for sure that I cannot see what lies ahead of me. Plan, as they say.

    I stood in front of the door. I stood still. I don't know how long I should look and stare. I haven't been in that moment for a long, long time. Some things may come to you unexpectedly. As people say, some things may never come twice. So, I took the liberty to grab that moment. And, for a while, I felt...

    23 November 2008

    13.11.08 – Ep. 1: The Awaiting

    The stage is set. There was a blend of old and new actors. Well, not that old old. Some familiar faces I would rather say. Each of which has a different role to play. Some of which may not take actively in this part. Anyway, the time was set at 3pm. Everybody that should attend, some of which are unable to make it. But that’s ok. We understand that everybody has its own agendas, its own chores, I should say. At first, I took a detour. Someone I should meet first. To my avail, he was unavailable.

    Probably, somewhere doing something in which, of course, I don’t know about it.Slowly I push the door, walk down the stairs, which seems to be the fastest way down, rather than waiting for the lift, which unfortunately, people can use only one of it. The other, well, you can guess why. The room, which was in the first floor, is the place to meet. Slowly I walk. While walking, I looked to the right and to the left. There were rooms, which some were unoccupied, there was no one there. Some I could see people behind their desks, some were just empty.

    From far away, I could see the room through the glass 'window' on the door upon entering the room. It seems like it haven’t started, yet. Nevertheless, slowly I opened the door, and immediately sit on the chair, which was very near to the door as I entered. The others, while waiting for the main actor to come, we had a small chat among ourselves. The time is already around 3.15pm. I waited for a while. Waiting. And waiting. I left the room, as I had some things to do. Somewhere far from there. It was already 3.30pm.

    Later, I returned to the room. I could see that it had already started. I was the missing piece, I think. But, does it matter if I was there or not? Nevertheless, slowly, I opened the door, walk slowly towards the other side of the table. The table was not the usual one. It’s almost an oval-shaped table. Large. And there I was. The awaiting. Not that I was waiting for the moment to come. But, it has been such a long, long time. I kept my calm. It seems hard for me to break the ice. But I kept on resisting. Until, I couldn’t keep it any longer. The word just burst out, not realizing what others are doing. But, I kept it down though. Unethical, as they say. So far as I can remember, it was black with a mix of purple.

    For a long time, I kept avoiding it. Short and brief. Before I knew it, it was over.

    17 November 2008

    Ku Ingin Kamu


    Demi semua yang aku jalani bersamamu
    kuingin kau jadi milikku
    kuingin kau disampingku

    Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
    dan hanya dirimu yang bisa
    membawa surga dalam hatiku


    Ku ingin engkau menjadi milikku
    aku akan mencintaimu
    menjagamu selama hidupku
    dan aku kan berjanji
    hanya kaulah yang kusayangi
    ku akan setia disini
    menemani…

    Sentuhanmu
    bagaikan tangan sang dewi cinta
    yang berhiaskan bunga asmara
    dan membuatku tak kuasa

    Di setiap arung gerak
    tersimpan di hati kecilku
    bahwa dirimu terindah untukku


    Selama ku masih bisa bertahan
    selama ku masih bisa bernapas
    selama Tuhan masih mengijinkan
    kuingin selalu menjagamu

    12 November 2008

    Quantum of Solace


    Last week on the 6th of november was the premier release of the movie in malaysian cinemas nationwide. I think that many bond fans would have anticipated to see the movie. Quantum of Solace was the sequel of Casino Royale which was released in 2006 (if I'm not mistaken) and it undertook major changes in which agent 007 was played by Daniel Craig, in which the previous bond movie before him was Pierce Brosnan in Die Another Day which were released in 2002.

    In my opinion, I would say that, after watching the movie, James Bond, as in which the main character in the movie, is different from previous 007's. The character symbolises James as someone who is brutal, a person with a desire to kill, someone who would do anything to get answers from his foes. To me, cite bond kali ni, memang agak lain la dari cerite bond sebelum2 ni. Kalau sebelum ni, for those yang maybe tahu, watak James Bond ni kadangkala menggambarkan seseorang yang 'kaki perempuan'. Tapi, cerite ni pulak, seolah yang James Bond ni memang 'terer' lawan la dan kurang sikit babak2 'panas' tu. Nevertheless, sape yang lum tengok tu, dan teringin nak tengok, silekan. Some people would give a bad opinion, but, it's just only an opinion. (^_^)

    The name's Bond, James Bond.

    11.11.08 - Yet Another Drama, Another Episode

    It was 6.45am as I looked at my alarm clock, as I may recall it. Usually, its either 'shutting-up' the alarm, or wake up. But, of course, as a muslim, we have to wake up for our subuh prayer. Alhamdulillah, dapat jugak aku bangun hari ni. Dapatla jugak aku merasa udara nyaman di waktu pagi.

    Tick..tick...tick...


    Patiently the clock ticks. It goes slowly each second, as if it makes a rhythm. I looked at the watch in my hand, it's already 9 o'clock. The drama starts. No directors screaming 'action!', or someone saying 'take one, take two, take three' whatsoever. Its the same thing all over again. Only that this time, surprisingly there were more actors. I really didn't know why. I'm wondering myself though. I really felt that I'm not alone. The script, is of course different. Its a bit complicated. I managed to overcome the others, but this one, I don't know. Something is not right. To me, its another of those episodes in which I myself knows the ending. It could be a tragic ending, a happy ending, a sad ending, whatever. Then it stops. Not knowingly either there would be another episode or this is just the beginning of it.

    Later in the afternoon, a friend of mine YM'ed me, as I was busying looking what to download in CT. Its quite awkward to me that, we seldom chat that much. Rupenye, die tgh takde keje. Tapi, takpela, nak borak-borak kosong jap kan, sementara aku menunggu kelas petang nanti.

    ME: yela...byk bende nak igt.. terlupe..

    XYZ: uih... bz nye die... ape yg awak kne igt?
    ME: ape yg kene igt??... ntahla..mcm2 kot.. duit... makan.. minum.. shopping... kahwin.. mcm2 arr

    XYZ: mkn ngan minum pun nk igt? shooppng??? kahwim????? apekah??? ngan sape?? bg tau la.. takan ngan sy pun nk rahsia

    ME: le..nak korek rahsia org.. takdela..pikir2 je nak kahwin..

    XYZ: series??slalunye...org pk2 nk kawin ni da ade calon.. ooo...dlm diam ek??
    ME: dah org tak suke..nak wat camne..
    XYZ: setahu sy...org laki ni takut nk kawin, tp kalo org laki da pk2..maknanye die da sedia.. termasuk la da ade calon
    ME: tanggungjawab tu..

    XYZ: nk bina masjid ni jgn lmbt2 kan

    ME: mmg arr.. tapi..sebelum nak bina tu..kene cari bahan2 nye supaya ia utuh sampai ke akhir hayat

    ME: byk bende nak pikir sebenarnye..

    XYZ: skang ni pk la psl study dulu.. kalo kite pk manyak mende.. nnt manyak mende yg kite lag tertinggal tau.. fokus satu2

    ME: haih.. ntahla..

    XYZ: jgn pk manyak sgt.. nnt rambut tumbuh uban br awak tau

    ME: calon depan mate pun tak dpt..

    XYZ: huh.. skang ni awal lag org sume pk nk study lag nnt nk dekat2 grad br la awak cr

    ME: hmm.. grad..tu pun pikir gak tu.. rasenye..klu awk mcm sy...dah pening arr...pikir mcm2..

    XYZ: jgn rumitkan keadaan.. pk simple je.. nnt hidup awak pun akan jad simple
    ...

    ...

    XYZ: nape ni? jgn sedeh2.. ceria2 selalu

    ME: ceria2 pun... hati mungkin lain..

    XYZ: hurm.. tu x kesah... bile kite ceria... hati pun x terasa sgt walaupun hati tgh sedih tyme tu percaya la...

    ME: tp..ia dtg lagi..cume situasi dan keadaan berbeza
    XYZ: atasi la dgn cr yg sama... walaupun hati sakit...tp...perkara biasa la bile ade mslh kan?


    I finally make my way, yet, from another scene. That was only a glimpse of it. I edit it to make it like a storyline...hehehe..(^_^)... Anyway, as much as what I have been through, I must prepare for the unwritten scripts which I may say, its like going to the 'unknown'. That feeling of fear and scared. Of course, everyone has it. Its only a matter of how to deal with it.

    "CUT!!. Ok, that's it for today, see you all again later."
    Unfortunately, there was one...

    Related Posts with Thumbnails