Pages

    31 August 2009

    Di Malam Ambang Merdeka

    "Assalamualaikum warahmatullah.."

    Kedengaran imam memberi salam untuk kali ke-2, tandanya tamat solat witir malam itu. Another day, another night. Di bulan puasa ini, hampir di setiap surau dan masjid diserikan dengan sunat tarawikh. Begitulah suasananya bila di bulan Ramadhan. Kanak-kanak berlari. di ruang legar belakang masjid. Selalunya di bahagian luar. Melihat ibu bapa mereka bertarawikh, kalau disuruh untuk ikut, apa yang mereka faham? Tidak salah untuk membawa anak ke masjid atau surau, supaya mereka dapat lihat dan belajar. Tapi, di usia kanak-kanak, its their nature untuk bermain. Nak buat camna...

    Setibanya di rumah dari rumah mak cik aku, aku terus ke atas, bukak tv, tekan 107 - nasib baik baru je dalam setengah jam berlalu. so, takdela banyak aku terlepas. Formula 1. Satu sukan permotoran yang aku minat sejak form 2. It's the speed and action that I like to see. Besides that, the technology yang dibawa dalam F1 ni. Basically, its touches much on automotive+mechanical engineering.. and physics.

    Tum... Kedetum...

    Aku lihat jam di dinding, "Dah pukul 12 rupenye, padanla. Dah merdeka." Selalunye, seingat aku lah, bile time merdeka, aku duduk rumah je. Tak pergi pun sambut tengok bunga ape ke. Dengar dentuman bunga api tu adela..
    Seingat aku..

    Bile dah tamat perlumbaan, aku ke meja 'ofis' aku and turn on the laptop. "Masuk internet jap la." Sebelum tido, saje je aku nak usha2 emel. tgk2 kalau ade emel baru ke. tak ketinggalan gak, usha blog aku. "nak usha blog sape erk..dah lame lak tak usha blog dia.." Aku scroll mencari di list nama blogger2 lain.. jumpa name dia aku click..

    This blog is open to invited readers only


    Owh... Ok.. Hmm...

    -

    -

    -



    ...Happy 52nd Merdeka Malaysia...

    28 August 2009

    Zaujaini-thnain

    Titttt... Tiiitttt..

    'Sape pulak yang sms nih..." aku bermonolog sendirian. Petang tu, sedang aku sibuk2 menghadap komputer, rupe2nye Faiz yang mesej...

    "InsyaAllah, kta akn smbung lg tadarus quran kita kt surau pd pukul 6.15 ptg..."

    Oooo, tadarus. Aku berkira2 samaada aku ada agenda lain ke tidak lewat ptg tu. alhamdulillah, nasib baik kelas takde. Berkesempatan jugak aku bertadarus.

    Sejak kebelakangan ni, cuaca kadang2 tak menentu. kejap hujan. kejap cerah. kejap panas. Ptg tu, aku rase hampir seharian kot hujan. Memang kalau nak diikutkan nafsu, nak aje tido, kan? Tp, kalau asyik tido je, mcm tak syok la pulak. Selepas aku solat asar di bilik, aku berlekas ke surau al-hidayah. Dalam keadaan hujan renyai2 lewat petang tu, aku redah aje. Takdela lebat mane. "Ni, main hujan demam baru tau... Haih".

    Setibanya aku di surau (masjid), aku nampak Faiz berdua dengan lagi sorang muslimin, "dah mule kot, xpela." Aku ambil wudhu, dan join sekali halaqah tadarus tu. Tidak lame kemudian, sorang demi sorang datang. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan lah, tadarus ni yg kami buat ade mcm group2 lah. So, aku satu group dengan si Faiz ni. Barangkali yang datang kemudian2 tu same group ngan aku (baru first time berjumpa utk bertadarus time tu..huhu..).

    Surah yang di baca - Surah Yusuf. Surah yang ke-12. Sejajar dengan nama surah tu, surah ni banyak mengisahkan tentang kehidupan Nabi Yusuf, cara berdakwah, dugaan dan cabaran dsb. Tamat surah Yusuf, kami bergerak pula ke surah seterusnya, surah Ar-Ra'd. Kami kene bace setiap sorang satu muke surat. So, permulaan surah Ar-Ra'd ni giliran aku lak bace. Sedang aku bace, I came across satu ayat ni..." ja'ala fiha zaujaini-thnain.."

    "Macam pernah dengar je ayat ni??.". Eager to know, bile aku balik bilik selepas tarawikh mlm tu, aku bukak terjemahan aku. dan ayat itu bermaksud:

    "Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan manjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan"
    Ar-Ra'd: Ayat 3

    Aku bukanlah seorang yg fasih dlm bahasa arab .tapi aku rase maksud potongan ayat tu ialah buah-buahan berpasang-pasangan (kalau salah..minta maaf ye..).pun begitu..ape yg kite dpt lihat dari keseluruhan ayat tu ialah..itulah kuasa Tuhan (yakni kebesaran) yg mana Dia jadikan sesuatu itu supaya kita umat manusia ni dapat berfikir betapa hebatnya ciptaan Allah itu.

    22 August 2009

    Puasa Oh Puasa


    "Adik.. adik.. bangun sahur nak.."

    "Ala mak, awalnye nak bangun, adik mengantuk lah."

    "Ish, budak ni. Kan hari ni dah mula puasa, bangun cepat!"


    "Yela.. yela.."


    Dengan lemah longlainya, mata mengantuknya, si adik perlahan-lahan mula untuk bangkit dari tidur. Dia melangkah ke bilik air dan membasuh muka. Sementelah, dia terus ke dapur dan duduk. Dia melihat ke kiri, ke kanan. Barangkali, dia masih lagi mamai dan masih lagi diulit mimpi.

    "Mak, kalau adik tak bangun sahur boleh tak? Lagipun, adik tak rase nak makan la pagi-pagi ni.."

    Segera ayah menjawab,"Jangan macam tu adik, nanti, kalau adik tak makan, adik jugak yang kelaparan, jadi, baik adik makan. Lagipun, sahur ni sunat. Dapat pahala tau dik.."

    Begitulah antara senario ketika di awal bulan puasa. First timer lah katekan. Si anak yang mungkin tidak biasa dengan suasana puasa. Hatta, berbagai macam helah untuk si anak untuk samaada tak nak berpuasa, bersahur dan sebagainya. Pun begitu, sejauh manakah si anak tersebut dapat menghayati sepenuhnya ibadah puasa ini? Kalau dulu kite semasa kecil, dalam umur yang belum matang, sering merasa puasa ini susah, penat, letih dan sebagainya. Kita kurang memahami apa erti puasa yang sebenarnya. Kurang memahami apa erti hikmah di sebalik Allah menyuruh umatnya untuk berpuasa. Kini, dalam usia yang dewasa, puasa itu bukan sekadar cukup puasa 30 hari, bangun sahur, berbuka, makan kurma dan sebagainya. Akan tetapi, kita paham bahawa, dalam bulan ramadhan ini jugalah terselit hikmah-hikmah yang tersembunyi yang mana banyak pahala akan kita dapat jika kita berusaha untuk beramal soleh seperti baca Quran (tadarus), qiamullail dan sebagainya.

    "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"
    Surah Al-Baqarah : Ayat 183

    Jadikan bulan ramadhan ini sebagai satu titik permulaan. Memang, istiqamah itu agak payah. Benar, jika kita lihat, setelah tamatnya bulan puasa, semakin kurang pula amalnya. Hanya sekadar yang 'wajib' dilakukan. Tidakkan kita begitu? Paham, dalam urusan kita sehari-hari yang semakin sibuk, kita alpa dan lupa. Cukup solat 5 waktu, namun adakah itu cukup? Bukanlah aku ingin mengutuk atau mengkritik sesiapa, tepuk dada, tanya iman - bak kata pepatah sekarang.

    Justeru itu, di dalam bulan yang mulia ini, sama-samalah kita menyuburkan kembali amalan-amalan yang insyaAllah kita peroleh pahala yang berganda. Ramadhan yang lalu, biarlah ia berlalu. At least, something is better than nothing. Tanamkan azam untuk melakukan lebih baik dari puasa tahun-tahun sebelum ini.

    ~ SelAmAT bErPuaSa! (^_^) ~

    20 August 2009

    Life Without Rain [Part 2]

    Krrriiingggg!!!

    'Haisey, got to wake up early la," I said to myself. What to do, since there is so much worg lying around, who else has to finish it? me? You could say so. Another morning, yet another day came. It's the same old story again and again. Wake up early, have a refreshing morning shower. "Let see, what do I want to wear today? Blue? Red? No, I think I don't have one. Haih, what ever lah!" As usual, like other usual mornings, turn-ed on the computer, check e-mails, read the online newspaper etc.

    I reached the office quite early that day. Since that, like I've mentioned before, the load of work that needed to be done. Ah yes, that time of the year again. It's the thing when you really want to feel how the campus life is all about. Literally. You would spend sleepless nights, well, not every night. But, surely you would feel heck-tired. And yes, the experience though, which I'll sure to treasure it.


    I've been sitting in the room, checking the paperworks that needed to be completed, all the relevant information that I needed. For the past few days, I've been faxing invitation letters to various schools and make some calls. Yeah, you could say its hard though. "Hye, how are you?" I smiled. The room where I sit in has the fax machine in which others would need to go into the room if they want to fax.
    "I'm fine." It's her birthday that day. How I wanted to say it to her, but in a memorable way. Nah, I'm just being dramatic, that's all. Anyway, As she was busy by the fax machine, and I was walking out of the room, silently, in a whisper-like voice, "Happy Birthday..."

    18 August 2009

    Bercinta Sampai ke Syurga

    Itulah harga sebuah rumah tangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar "Aku Terima Nikahnya" adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.

    Manusia melahirkan cinta. Cinta melahirkan manusia.

    Gerimis SAKINAH membawa pasangan meredah lautan MAWADDAH. Bertemankan RAHMAH untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada realiti sebuah kehidupan, pasca 'Aku Terima Nikahnya'.

    Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

    [Hasrizal Abdul Jamil]

    Bercinta sampai ke syurga. Satu lagi hasil karya ustaz Hasrizal yang merupakan rentetan dari buku sebelumnya, 'Aku Terima Nikahnya'. Alhamdulillah, dalam kesibukan aku menelaah, sibuk dengan midtermnya, dengan assignmentnya, baru je malam tadi aku habis baca. Walhal, dah lame berada di rak sejak beberapa bulan yang lalu. Al-maklumlah, aku ni bukannya jenis bace buku dalam mase sehari boleh habis. Ade yang dah bertahun beli belum tentu habis.

    Apa yang aku dapat simpulkan dari buku ini, jika anda katekan buku ini untuk orang yang dah berumah tangga, memang tepat sekali. Kebanyakan kandungannya banyak mengisahkan kisah hidup penulis setelah berumah tangga. Asam garam kehidupan yang mana boleh dikatakan hampir setiap pasangan akan hadapi. Si suami. Si isteri. Pun begitu, ia lebih kepada apa sebenarnya tanggungjawab masing-masing. Tidaklah salah bagi yang masih bujang untuk membacanya. Lebih-lebih lagi, kita boleh ambil sebagai satu pengajaran dan pengalaman untuk dijadikan panduan hidup. Sungguh, pengalaman itu adalah satu nilai yang paling bermakna buat seseorang. Dan pengalaman itulah dapat mematangkan lagi diri dan memberi erti hidup yang sebenar. Kalau hendak tahu dengan lebih lanjut lagi, bacalah! (^_^)

    "(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): 'Wahai hamba-hambaKu! Pada hai ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan'."
    Al-Dzukhruf: 68-70

    16 August 2009

    Demi Masa

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."

    Surah Al-Asr (103): Ayat 1-3

    Demi masa. Masa. Seringkali kita sering dengar di mana-mana ceramah, hatta ketika tazkirah, berbicara tentang masa. Kali pertama saya mendengar tentang surah di atas ialah kira-kira 10 tahun yang lalu. Ketika itu, usia saya kalau tak silap baru menjangkau 10 tahun dan sekitar tahun 1997. Muncul pula satu kumpulan nasyid yang bernama Raihan. Masa itu, sering kita dapat dengar lagu-lagu nasyid kumpulan ini dimainkan di corong-corong radio kerana lagu-lagunya yang 'easy-going' dan liriknya yang mudah untuk difahami. Malah, kebanyakan lagu-lagunya pun ramai yang menghafalnya. Salah satu lagunya yang popular semasa album pertama mereka ialah demi masa.

    Itu pada pendapat saya salah satu medan untuk berdakwah. Melalui seni muzik, kita dapat sampaikan mesej dalam bentuk nasihat dan peringatan. Itu dari sudut hiburan. Apapun, yang ingin saya sampaikan di sini ialah kepentingan masa itu sendiri. Jika di amati maksud ayat di dalam surah di atas, 'sesungguhnya manusia dalam kerugian'. Bilamana disebut tentang 'rugi', apa sebenarnya yang manusia itu rugi? Harta? Wang emas?. 'Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih...'

    Realiti hari ini, apa yang kita dapat lihat ialah kadangkala kita terlalu mengejarkan 'nikmat dunia' berbanding 'nikmat akhirat'. Bukan tidak salah dan bukan saya menentangnya, bahkan memang betul harta, duit, rumah, kereta itu semuanya penting. Akan tetapi, apabila kita terlalu bekerja dan bekerja hingga kita lupa untuk mencari 'saham akhirat', amat rugilah bagi diri kita. Janganlah kita lupa untuk solat lima waktu, kerana itulah tiang agama. Zakat. Sedekah. Bangun sepertiga malam untuk qiamullail dan sebagainya untuk mencari mardhatillah dan mendapat pahala.

    Tidakkah kita sedar bahawa masa itu sentiasa berjalan dan berjalan. Benar, seperti apa yang kita sering dengar, 'masa tidak akan menunggu kita'. Oleh itu, 'kejar' lah masa itu. Lakukan apa yang patut untuk menjadi lebih produktif. Hari ini, kita merasakan terlalu banyak yang ingin kita capai dan buat. Pergi ke hulu, ke hilir. Apabila di ajak ke hulu, "Aku sibuklah, lain kali lah." Apabila di ajak ke hilir, "Aku takde mase lah, ade kerja lain nak buat ni." Dari satu sudut yang berbeza, jawapan tersebut digunakan untuk mengelak ajakan kawan untuk join program-program dakwah, khidmat masyarakat dan sebagainya.

    Namun, di sudut kita sebagai penuntut di IPT, tujuan utama dan sebab utama untuk kita belajar tak lain dan tak bukan untuk belajar dan berjaya unutk mendapat segulung ijazah supaya mendapat kerja yang baik di kemudian hari. Dan, senarionya barangkali berbeza bagi sesetengah kerana ada juga tujuan-tujuan lain. Untuk apa? Untuk 'melengkapkan' diri untuk berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar. Bukan setakat mendapat kerja yang baik, tetapi menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

    Masa yang berlalu tak akan kembali lagi.
    Ia diibaratkan emas dan gunakanlah ia sebaik mungkin.

    10 August 2009

    2013






    ... counting down the days ...


    3.03.2013






    06 August 2009

    Bow - Ring - Ring


    ..4th day at the office...

    ..doing same thing over and over..

    ..tak main facebook...bukak emel..

    ..tak bukak emel...usha2 blog org...

    ..ngantukzzz...

    ...zzzZZzzzz...

    05 August 2009

    Bow - Ring

    ..3rd day at the office today..

    ..nothing much to do...

    ..sambil2 keje tu layan lak facebook..

    ..and then usha2 blog org...

    ..haizz...(^<^)..

    ...[...org tanye...'tak cuti ke??'..]...
    Related Posts with Thumbnails