"Adik.. adik.. bangun sahur nak.."
"Ala mak, awalnye nak bangun, adik mengantuk lah."
"Ish, budak ni. Kan hari ni dah mula puasa, bangun cepat!"
"Yela.. yela.."
Dengan lemah longlainya, mata mengantuknya, si adik perlahan-lahan mula untuk bangkit dari tidur. Dia melangkah ke bilik air dan membasuh muka. Sementelah, dia terus ke dapur dan duduk. Dia melihat ke kiri, ke kanan. Barangkali, dia masih lagi mamai dan masih lagi diulit mimpi.
"Mak, kalau adik tak bangun sahur boleh tak? Lagipun, adik tak rase nak makan la pagi-pagi ni.."
Segera ayah menjawab,"Jangan macam tu adik, nanti, kalau adik tak makan, adik jugak yang kelaparan, jadi, baik adik makan. Lagipun, sahur ni sunat. Dapat pahala tau dik.."
Begitulah antara senario ketika di awal bulan puasa. First timer lah katekan. Si anak yang mungkin tidak biasa dengan suasana puasa. Hatta, berbagai macam helah untuk si anak untuk samaada tak nak berpuasa, bersahur dan sebagainya. Pun begitu, sejauh manakah si anak tersebut dapat menghayati sepenuhnya ibadah puasa ini? Kalau dulu kite semasa kecil, dalam umur yang belum matang, sering merasa puasa ini susah, penat, letih dan sebagainya. Kita kurang memahami apa erti puasa yang sebenarnya. Kurang memahami apa erti hikmah di sebalik Allah menyuruh umatnya untuk berpuasa. Kini, dalam usia yang dewasa, puasa itu bukan sekadar cukup puasa 30 hari, bangun sahur, berbuka, makan kurma dan sebagainya. Akan tetapi, kita paham bahawa, dalam bulan ramadhan ini jugalah terselit hikmah-hikmah yang tersembunyi yang mana banyak pahala akan kita dapat jika kita berusaha untuk beramal soleh seperti baca Quran (tadarus), qiamullail dan sebagainya.

"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"
Surah Al-Baqarah : Ayat 183
Jadikan bulan ramadhan ini sebagai satu titik permulaan. Memang, istiqamah itu agak payah. Benar, jika kita lihat, setelah tamatnya bulan puasa, semakin kurang pula amalnya. Hanya sekadar yang 'wajib' dilakukan. Tidakkan kita begitu? Paham, dalam urusan kita sehari-hari yang semakin sibuk, kita alpa dan lupa. Cukup solat 5 waktu, namun adakah itu cukup? Bukanlah aku ingin mengutuk atau mengkritik sesiapa, tepuk dada, tanya iman - bak kata pepatah sekarang.
Justeru itu, di dalam bulan yang mulia ini, sama-samalah kita menyuburkan kembali amalan-amalan yang insyaAllah kita peroleh pahala yang berganda. Ramadhan yang lalu, biarlah ia berlalu. At least, something is better than nothing. Tanamkan azam untuk melakukan lebih baik dari puasa tahun-tahun sebelum ini.

0 comments:
Post a Comment