Surah Al-Asr (103): Ayat 1-3
Demi masa. Masa. Seringkali kita sering dengar di mana-mana ceramah, hatta ketika tazkirah, berbicara tentang masa. Kali pertama saya mendengar tentang surah di atas ialah kira-kira 10 tahun yang lalu. Ketika itu, usia saya kalau tak silap baru menjangkau 10 tahun dan sekitar tahun 1997. Muncul pula satu kumpulan nasyid yang bernama Raihan. Masa itu, sering kita dapat dengar lagu-lagu nasyid kumpulan ini dimainkan di corong-corong radio kerana lagu-lagunya yang 'easy-going' dan liriknya yang mudah untuk difahami. Malah, kebanyakan lagu-lagunya pun ramai yang menghafalnya. Salah satu lagunya yang popular semasa album pertama mereka ialah demi masa.
Itu pada pendapat saya salah satu medan untuk berdakwah. Melalui seni muzik, kita dapat sampaikan mesej dalam bentuk nasihat dan peringatan. Itu dari sudut hiburan. Apapun, yang ingin saya sampaikan di sini ialah kepentingan masa itu sendiri. Jika di amati maksud ayat di dalam surah di atas, 'sesungguhnya manusia dalam kerugian'. Bilamana disebut tentang 'rugi', apa sebenarnya yang manusia itu rugi? Harta? Wang emas?. 'Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih...'
Realiti hari ini, apa yang kita dapat lihat ialah kadangkala kita terlalu mengejarkan 'nikmat dunia' berbanding 'nikmat akhirat'. Bukan tidak salah dan bukan saya menentangnya, bahkan memang betul harta, duit, rumah, kereta itu semuanya penting. Akan tetapi, apabila kita terlalu bekerja dan bekerja hingga kita lupa untuk mencari 'saham akhirat', amat rugilah bagi diri kita. Janganlah kita lupa untuk solat lima waktu, kerana itulah tiang agama. Zakat. Sedekah. Bangun sepertiga malam untuk qiamullail dan sebagainya untuk mencari mardhatillah dan mendapat pahala.
Tidakkah kita sedar bahawa masa itu sentiasa berjalan dan berjalan. Benar, seperti apa yang kita sering dengar, 'masa tidak akan menunggu kita'. Oleh itu, 'kejar' lah masa itu. Lakukan apa yang patut untuk menjadi lebih produktif. Hari ini, kita merasakan terlalu banyak yang ingin kita capai dan buat. Pergi ke hulu, ke hilir. Apabila di ajak ke hulu, "Aku sibuklah, lain kali lah." Apabila di ajak ke hilir, "Aku takde mase lah, ade kerja lain nak buat ni." Dari satu sudut yang berbeza, jawapan tersebut digunakan untuk mengelak ajakan kawan untuk join program-program dakwah, khidmat masyarakat dan sebagainya.
Namun, di sudut kita sebagai penuntut di IPT, tujuan utama dan sebab utama untuk kita belajar tak lain dan tak bukan untuk belajar dan berjaya unutk mendapat segulung ijazah supaya mendapat kerja yang baik di kemudian hari. Dan, senarionya barangkali berbeza bagi sesetengah kerana ada juga tujuan-tujuan lain. Untuk apa? Untuk 'melengkapkan' diri untuk berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar. Bukan setakat mendapat kerja yang baik, tetapi menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.
Masa yang berlalu tak akan kembali lagi.
Ia diibaratkan emas dan gunakanlah ia sebaik mungkin.
Ia diibaratkan emas dan gunakanlah ia sebaik mungkin.
0 comments:
Post a Comment