Pages

    28 August 2009

    Zaujaini-thnain

    Titttt... Tiiitttt..

    'Sape pulak yang sms nih..." aku bermonolog sendirian. Petang tu, sedang aku sibuk2 menghadap komputer, rupe2nye Faiz yang mesej...

    "InsyaAllah, kta akn smbung lg tadarus quran kita kt surau pd pukul 6.15 ptg..."

    Oooo, tadarus. Aku berkira2 samaada aku ada agenda lain ke tidak lewat ptg tu. alhamdulillah, nasib baik kelas takde. Berkesempatan jugak aku bertadarus.

    Sejak kebelakangan ni, cuaca kadang2 tak menentu. kejap hujan. kejap cerah. kejap panas. Ptg tu, aku rase hampir seharian kot hujan. Memang kalau nak diikutkan nafsu, nak aje tido, kan? Tp, kalau asyik tido je, mcm tak syok la pulak. Selepas aku solat asar di bilik, aku berlekas ke surau al-hidayah. Dalam keadaan hujan renyai2 lewat petang tu, aku redah aje. Takdela lebat mane. "Ni, main hujan demam baru tau... Haih".

    Setibanya aku di surau (masjid), aku nampak Faiz berdua dengan lagi sorang muslimin, "dah mule kot, xpela." Aku ambil wudhu, dan join sekali halaqah tadarus tu. Tidak lame kemudian, sorang demi sorang datang. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan lah, tadarus ni yg kami buat ade mcm group2 lah. So, aku satu group dengan si Faiz ni. Barangkali yang datang kemudian2 tu same group ngan aku (baru first time berjumpa utk bertadarus time tu..huhu..).

    Surah yang di baca - Surah Yusuf. Surah yang ke-12. Sejajar dengan nama surah tu, surah ni banyak mengisahkan tentang kehidupan Nabi Yusuf, cara berdakwah, dugaan dan cabaran dsb. Tamat surah Yusuf, kami bergerak pula ke surah seterusnya, surah Ar-Ra'd. Kami kene bace setiap sorang satu muke surat. So, permulaan surah Ar-Ra'd ni giliran aku lak bace. Sedang aku bace, I came across satu ayat ni..." ja'ala fiha zaujaini-thnain.."

    "Macam pernah dengar je ayat ni??.". Eager to know, bile aku balik bilik selepas tarawikh mlm tu, aku bukak terjemahan aku. dan ayat itu bermaksud:

    "Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan manjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan"
    Ar-Ra'd: Ayat 3

    Aku bukanlah seorang yg fasih dlm bahasa arab .tapi aku rase maksud potongan ayat tu ialah buah-buahan berpasang-pasangan (kalau salah..minta maaf ye..).pun begitu..ape yg kite dpt lihat dari keseluruhan ayat tu ialah..itulah kuasa Tuhan (yakni kebesaran) yg mana Dia jadikan sesuatu itu supaya kita umat manusia ni dapat berfikir betapa hebatnya ciptaan Allah itu.

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails