Pages

    06 September 2009

    Alaqah


    Malam itu sunyi.. malam itu, aku keseorangan di konti. "Kau tau tak arini cuti?". Aku pun tak tau rupenye haritu diberi cuti untuk semua dj-dj slot melayu.. tapi takpela.. Terasa semacam takde idea, aku teringat satu 'handout' mase usrah sebelum2 ni.. Tentang surah al-Mukminum.. "Aku buat terjemahan surah al-Mukminun jela..". Bukan nak huraikan semua, just beberape ayat je..

    "Alaqah.. macam pernah dengar je perkataan ni.." . Dalam surah itu, ayat 12 hingga 16 menceritakan tentang proses kejadian manusia. Maha Suci Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Di dalam Al-Quran sendiri telahpun menceritakan tentang proses bagaimana terjadinya seorang manusia dalam rahim ibu. Dari hidup sampai mati sehinggalah dibangkit semula di hari kiamat.

    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.
    Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh.
    Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami balut tulang- tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

    Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

    Kemudian, sesungguhnya kamu akan di bangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

    Jika dilihat pada ayat yang ke-14 tu.. "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku".. dan 'alaqah' dari ayat tu bermaksud 'sebuku darah beku' atau 'sesuatu yang berpaut (something that clings) atau melekat kepada sesuatu yang lain. Ia juga diertikan sebagai lintah yakni haiwan yang berpaut kepada haiwan lain untuk menyedut darahnya.' Pun begitu, takdela aku nak huraikan lebih lanjut..cumenye jika nak tahu lebih byk lagi..search aje kat mane2 website.. mungkin di situ ada huraian panjang lebar.. [kalau aku nak cerita, nanti lain pulak jadinye..hehe..]

    3 comments:

    Anonymous said...

    salam pakcik,

    sehat??

    ainies~

    Anonymous said...

    salam pakcik,

    sehat??

    ainies~

    Hishahmuddin said...

    sihat alhamdulillah...

    hehehe...

    (^_^)..

    Related Posts with Thumbnails