Pages

    08 November 2008

    Cerpen: Hatiku Hanya Untukmu [Part 2]

    “Abang, sudah masa makan ubat…’ perlahan suaranya, seakan memujuk.

    “Tidak, aku dah tak lalu.”

    “Jangan macam ni. Tolonglah. Sikit saja…” pujuknya lembut.
    Lelaki itu memalingkan wajahnya. Tangannya mencapai ubat yang ada di atas meja. “Aku dah kata, tak mahu. Kau tak faham? Sudah! Pergi! Aku tak mahu lihat wajah kau…Pergi!”

    Dia menelan air liur kerana tengkingan lelaki itu. Tidak. Abang kena dengar cakap saya. Sekarang makan ubat ni. Tolonglah,” pintanya lagi. Suara yang tadi ditinggikan direndahkan kembali. Dia memandang lelaki itu. Alia beristighfar berkali-kali kerana telah meninggikan suara kepada lelaki yang dia gelar suami.

    “Jangan macam ni, tolonglah…”

    Lelaki itu bingkas bangun dari baringannya. Jelas sekali dia mahu bangun dari katilnya. Dia mahu membantu tetapi lelaki itu melarang untuk dia mendekati. Jadi, dia hanya mengekori dari belakang sekiranya ada sesuatu yang berlaku. Dia dapat melihat lelaki itu bersandar seketika di dinding sebelum meneruskan perjalanannya kea rah yang ingin dituju.

    “Abang, biarlah saya bantu.”

    Lelaki itu membisu. Dia pasti, lelaki itu tidak mahu bantuannya. Dia masih mengekori. Sesekali dia dapat mendengar bunyi nafas lelaki itu yang jelas kedengaran. Langkah lelaki itu sedikit terhuyung-hayang. Ini merisaukannya.

    “Abang nak ke mana?”

    “Biarkan aku!!” suaranya diselangi batuk.

    Alia mengeluh dan masih mengekori suaminya menuju ke ruang tamu. Dia duduk di kerusi goyang yang ada di ruangan itu.

    “Abang nak minum, boleh saya ambilkan?” tanyanya.

    “Aku kata jangan ganggu aku, kau tak faham bahasa ke?” marah lelaki itu. Namun, kemudian digosok dadanya berkali-kali. Batuknya kedengaran lagi. Alia memandang sekeliling ruang tamu itu, begitu berhabuk. Barangkali tidak terurus setelah pemergiannya.

    “Saya tahu abang marahkan saya, tetapi, saya pohon pada abang berilah saya peluang menjadi isteri abang. Biarlah saya tunaikan tanggungjawab saya.”

    “Pergi! Pergi! Tiada apa yang perlu kau tunaikan di sini, Alia. Dulu, sudah aku nyatakan, tiada apa yang berubah.” Alia tunduk dengan kata-kata lelaki itu. Dia mengalihkan pandangannya kemudian beralih ke laman rumah. Air matanya dikesat. Dipandang rumput hijau di laman rumah itu. Dia terkenang bagaimana lelaki itu memberitahunya tentang penyakit yang dihadapi. Alia masih tidak boleh lupakan keadaan ketika itu.

    ...bersambung

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails