Pages

    03 November 2008

    Catatan Terakhir 2


    Begitu pantas masa berlalu. Dalam kesibukan aku menjalani kehidupan ini, bulan sudahpun menjejak di bulan kesepuluh tahun masihi. Sungguh, terlalu banyak yang aku sudah lalui sepanjang semester ini. Bertemu dengan orang baru, ada yang setelah sekian lama tidak berjumpa, dan yang tidak bertegur sapa, macam-macam. Begitulah manusia, yang dicipta olehNya dengan pelbagai-bagai ragam dan karenah. Kalau kita semua ni sama, tentu bosan bukan? Alangkah jika anda dan saya memiliki kelebihan yang sama, kita akan rasa bagaikan tiada apa yang istimewa. Istimewa - special. Setiap dari diri kita ini punyai kelebihan masing. Pandai, bijak, genius, rajin, berani, kuat, tinggi, rendah, tampan, anggun dan sebagainya.

    Anugerah. Aku tahu, aku tidak seperti orang lain. Kadangkala aku mengeluh. Apa yang orang ada dan aku tiada? Aku tak salahkan sesiapa. Aku cuba, cuba untuk bersyukur apa yang Allah dah beri pada aku. Syukur kerana aku masih boleh lagi bernafas. Syukur aku masih boleh lagi berjalan. Syukur aku masih boleh lagi melihat. Itu secara fizikal. Bagaimana pula dari segi rohani? Mental? Aku melihat di sekeliling aku, kadangkala aku berasa terkilan. Aku melihat orang yang pandai dari segi akademiknya. Ada yang pandai untuk berkomunikasi dengan baik, pandai berlukis, kreatif dan sebagainya. Bagi aku, itulah anugerah. Anugerah yang diberi oleh Tuhan. Alhamdulillah
    .

    “Kau dengan dia macammana? Kau masih lagi ada perasaan terhadap dia bukan?"

    “Macammana? Aku biasa je. Kawan macam biasa. Kenapa kau tanya?”


    “Entahla, aku lihat, kau seolah-olah, macam semakin mesra dengan dia.”


    “Aku…”

    Keliru. Maafkan aku kawan. Bukan mudah untuk aku katakan bagaimana aku rasa. Aku keliru. Aku cuba untuk menjauhi perasaan tersebut tapi semakin lama aku sering alaminya. Di kalangan mereka, aku bukannya seorang yang pada aku, memenuhi cita rasanya. Bahkan lebih ramai lagi yang boleh dipilih. Aku beri sejambak bunga, orang lain barangkali 2 jambak, ditambah pula dengan X dan Y. Persaingan. Bagaikan merebut piala dunia. Setiap dari kita akan melakukan apa yang sedaya boleh atas dasar persaingan bagi merebut 'hadiah' yang ditawarkan.

    “Janganlah buang masa kau. Dia tak layan la...”

    Saat itu, aku sedar kedudukan aku. Bak kata sahabat aku,"Jangan dikejar bintang di langit, biarkan ia berkelip”. Kerap kali aku bersendirian. Fikir. Fikir. Dan fikir. Apa yang aku sering aku fikirkan? Masalah kewangan? Keluarga? Pelajaran? - "Barangkali apa jua masalah yang kau alami itu, sama seperti apa yang orang lain pernah alaminya, mungkin masalah sama. You are not the only one." Mungkin benar kata-kata itu.

    “Ke mana kau pergi eh? Dah lama tak nampak kau?”

    It seems endless. I don’t know how much longer it has to be this way. For so long I have been trying, to make other people happy. Sometimes people take advantage of what I did. But I don’t mind them. So long that everybody is happy. People used to hate me, maybe of what I did or what I say. I’m just a normal human being, just like you. I make mistakes. We all make mistakes. But, just because the mistakes we made in the past, there is no forgiveness? I kept remembering myself, "JUST BE YOURSELF!". But what that does actually mean? Am I not being myself? Am I someone else? Someone's 'puppet doll'? No, definitely no. Sometimes, we try things that others may not thought of it.

    Masa dah berlalu. Zaman dah berubah. Dulu, anak-anak pergi ke sekolah berjalan kaki atau menaiki basikal. Sekarang, ibu atau ayah akan hantar menaiki kereta sampai ke sekolah. Dulu, jika cikgu menghukum anak muridnya dengan rotan, murid tersebut akan mengambil pengajaran. Tapi, sekarang, setiap murid seolah-olah ‘dilindungi’ hinggakan ada ibu bapa yang sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap guru tersebut. Jika dulu, tiada lagi telefon bimbit, dan jika ada, hanya yang mampu sahaja memilikinya. Hari ini, sampaikan budak sekolah rendah pun sudah reti menggunakannya. Bukan itu saja, ada yang belum kerja pun, sudah ada dua telefon bimbit. Memang, kita sekarang berada di zaman yang membawa arus kemodenan. Banyak teknologi yang canggih semakin hari bercambah, yang mana memberi manfaat kepada kita. Bukanlah tujuan aku untuk menunjuk. Tidak sekali aku ingin berlagak sombong dan riak. Berdoalah pada Allah agar dijauhi sifat-sifat tersebut, sifat-sifat mazmumah. Sebangai peringatan kepada diri ini.

    “Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku; jika perkara itu tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkanlah aku daripadanya.”
    Amin.

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails