Pages

    10 November 2008

    Cerpen: Hatiku Hanya Untukmu [Part 3]

    “Kanser?” Matanya mencari kepastian di mata lelaki itu, tetapi lelaki itu melarikan wajahnya dari renungannya.

    “Macam mana? Boleh diubati tak?” tanyanya bertalu-talu. ‘Tak ada harapan..” rendah sahaja bunyi suara lelaki itu. Hatinya luluh mendengar. Dia terjelopok di laman itu dan menangis.

    “Jangan menangis…”

    “Kita berubat..kita berubat cara tradisional. Homeopati, moden..apa saja cara. Kita cuba…”

    Lelaki itu diam mendengar cadangannya. Lelaki itu menjauh dari wanita itu. “Abang, kita tidak boleh biarkan sahaja. Mungkin…” Lelaki itu berpaling. Wajahnya berubah.

    “Sudah!” tengkingan lelaki itu mengejutkan wanita itu. Dia terkejut dengan tengkingan itu. Dipegang dadanya dan beristighfar. Dia mendekatkan dirinya pada lelaki itu tetapi tangan lekaki pantas menepisnya.

    “Tidak. Janganlah abang begini. Kita tidak boleh putus asa. Kita perlu buat sesuatu. Kenapa abang mahu putus asa…”

    “Sudah! Sudah! Jangan cakap banyak… Diam! Aku tak mahu dengar apa-apa pun…” katanya seolah marah.

    “Kita jumpa abah dan umi?”

    Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang begitu bengis. Dia sedikit terkesima dengan pandangan itu. Dia tahu lelaki itu tidak mahu apa-apa pertolongan daripada abah dan umi.

    Restu.

    Guruh berdentum. Dia menoleh. Lama sekali dia berada di laman itu. Entah apa yang terjadi kepada suaminya. Dia melangkah masuk. Dia lihat lelaki itu terlena di kerusi goyang di ruang tamu. Dia berlalu ke bilik dan mengambil selimut dan menyelimut tubuh lelaki itu. Dia duduk di sisi lelaki itu. Dia sendiri tidak pasti kenapa lelaki itu membenci ibu bapanya sendiri, tetapi, apa yang dia tahu, keluarga suaminya tidak pernah merestui perhubungan serta perkahwinannya.

    “Hah! Kamu isterinya, kamulah jaga suami kamu. Kenapa nak minta pertolongan dari kami?”

    “Tapi Tan Sri, Puan Sri, dia anak kandung Tan Sri dan Puan Sri.” Suaranya ketika bertemu dengan keluarga mentuanya. Itupun hanya di hadapan pintu pagar.

    “Dia sendiri yang mengatakan kami bukan parent dia. Jadi, biarlah dia merasa susah,” suara si ibu yang bergelar Puan Sri itu.

    Alia beristighfar. Selama hidupnya, belum pernah dia mendengar seorang ibu berkata begitu.

    “Aku benci kau… kau keluar dari sini. Perempuan tak berguna. Pergi!!” Itu saja perkataan yang keluar dari mulutnya. Perkataan-perkataan yang tidak pernah dibayangkan keluar dari mulut suaminya. Jiwanya patah mendengar sumpah-seranah lelaki itu. Lelaki itu membuang semua pakaian dan barang-barangnya, malahan gambar perkahwinan yang tergantung di ruang tamu turut dibuang. Berkali-kali dia meminta kemaafan serta penjelasan dari lelaki itu, namun tidak berguna. Beribu kali dia cuba mencari jawapan dengan perbuatan lelaki itu, namun sia-sia. Tiada pengakhiran. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa lelaki itu menghalaunya sedangkan ketika itu, lelaki itu memang memerlukannya.

    ...bersambung

    0 comments:

    Related Posts with Thumbnails