“Abang nak apa-apa?” tanyanya apabila dilihat lelaki itu tersedar dari lenanya. Tangannya pantas membetulkan selimut yang mulai jatuh ke paras pinggang. Lelaki itu memandangnya. Dia tersenyum. Lelaki itu
“Abang nak ke mana? Beritahu pada saya?” suaranya seakan-akan memujuk. Namun, kedegilan lelaki itu membuatnya mengeluh. Dia hanya melihat lelaki itu bangun dari kerusi goyang dan berlalu. Alia mengekori lelaki itu dan hanya membiarkan. Kedegilan lelaki itu tidak pernah berubah walau seinci pun. Dilihat lelaki itu kembali ke katil. Mujurlah dia sudah mengemas bilik dan katil itu.
“Abang lupa makan ubat?” suaranya.
“Abang dah jemu…”
“Kalau begini, macam mana nak sembuh…”
Lelaki itu merengus. Dia tersedar. Barangkali dia sudah tersalah kata. Bibir bawah digigitnya.
“Abang nak makan? Nak minum?”
Lelaki itu membetul kedudukan tidurnya. Batuknya kedengaran agak teruk. Lekas dia mengurut belakang lelaki itu seakan-akan mahu meredakan batuk itu. Tangannya berhenti menggosok. Air matanya mula mengalir dan kedengaran sedunya.
“Maafkan abang, Alia.”
Dia mengesat air matanya dan mengangkat wajahnya. Air mata dikesat, namun masih mengalir. Lelaki itu menoleh memandang Alia yang
“Abang tidak bermaksud untuk menyakitkan hatimu.”
Alia memandang suaminya. Lelaki itu kelihatan lemah, namun matanya menceritakan segalanya.
“Abang tidak pernah membenci, semakin abang
“Abang, Alia cintakan abang. Tidak pernah ada paksaan di dalam hati ini. Hati ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Percayalah.” Lelaki itu memegang wajahnya. Dia sedikit kaget kerana sudah begitu lama tidak bersama lelaki itu. Namu, dia hanya membiarkan saja lelaki itu menyentuh wajahnya. Dia masih menangis.
“Abang sayangkan Alia. Terlalu sayang hinggakan abang tidak sanggup untuk Alia melihat abang sebegini.”
“Abang, jangan macam tu. Alia isteri abang. Kewajipan seorang isteri adalah terhadap suaminya walau bagaimana susah sekalipun.” Lelaki itu batuk dan wanita itu dapat melihat betapa sukarnya lelaki itu untuk menelan air liur. Perlahan -lahan tubuh Alia diraihkan ke dalam pelukannya.
“Kasih dan cinta Alia pada abang takkan pernah berubah. Itu janji Alia sejak dulu lagi, sejak kita diijabkabulkan.”
- TAMAT -
2 comments:
nice story~
lama xbaca cerpen+novel+....cmni.=)
uih..mawar putih arr...huhu...
time kasih sbb bace..(^_^)...
Post a Comment